15 January 2017

MINUM PETANG DENGAN BINGKA UBI



Minum Petang Dengan Bimgka Ubi

Hari tu Kak Z kongsi resepi bingka ubi nyonya. Hari Kak Z 11. Bakar seperti Kak Z ajar di atasmodify dari resepi Suraya Yusof. Memenuhi tekak pelanggan Kak Z yang tidak mahu  terasa telur dan perisa rose. Maknanya yang plain sangat.

Hari ini Kak Z tunjuk satu persatu cara Kak Z buat kuih bingka. Gambara ada rujukan mudah untuk korang supaya senang korang tahu cara hendak buat kuih ini.  Korang buat tau..jom buat..

Resepi Bingka Ubi - resepi asal Suraya Yusof

Bahan: loyang  10 x 10 inci

2kg ubi kayu
2 biji telur
300gm gula pasir
400ml santan
1 sudu teh garam
20gm marjerin
1/4 sudu teh pewarna kuning telur

Cara -

1. Ubi kayu di parut
2. Bancuh semua bahan kecuali telur.
3. Pukul sedikit telur dengan whisk atau garfu sedikit sahaja
4. Gaul dengan bahan lain
5. Alaskan loyang dengan aluminium foil
6. Masukkan adunan kedalam loyang yang telah di oles dengan marjerin
7. Bakar selama 1 jam 30 min suhu 200c
8. 1jam pertama guna api atas bawah
9. 30 min akhir hanya guna api bawah atau mengikut oven masing-masing.
10. Biarkan sejuk baru potong

Gambar Langkah Demi Langkah


1. Kak Z pilih ubi kayi yang kecil-kecil . Sebab Kak Z takut nak beli yang besar-besar. Pernah terjadi ubi kayu yang besar dah jadi kayu, kulit pun tebal dan pahit. Yang kecil ni masih mudah dan lembut lagi. Senang kalau hendak parut atau blander


2. Buang kulit ubi dan bersihkan dari tanah. Basuh bersih-bersih. Korang tengok gambar Kak z kalau kecil senang nak handle. Kulit pun nipis. Tak rugi timbang rasanya.


3. Kak Z parut ubi ni. Resepi asal kena blender. Blender Kak Z dah tua takut meletop kalau masuk ubi. Tapi kalau parut lagi sedap. Kalau blender kena blander dengan air. Bila dengan kena tapis air habis lemak ubi terkeluar. Mana best. Betul tak?



4. Ini ada hasil dari 2 kg ubi. Sebab tu Kak Z kata kalau parut ubi tidak berair. Kalau blender berair dan kena tapis buang air tersebut. Lemak dan manis ubi akan keluar


5. Kak Z letak pewarna kuning telur. Gaul rata. Nanti bingka kita warna kuning. Kalau korang tak nak warna kuning boleh jer letak colour merah, oren, biru atau hijua. Ikut suka hati korang lah. Janji rasa tak lari.


6. Masukkam santan, gula, garam dan marjerin. Gaul rata. Cabaran betul nak buat benda ni. Belum masak kita boleh rasa lemak bingka ni. Korang make sure marjerin tu hancur dan tidak berketul. Kalau ketul sikit-sikit boleh di maafkan. Kalau ketul besar.. adehh.. tak leh nak kata apa.




7. Pukul telur sikit. Jangan main masuk jer. Beketul lah telur tu nanti. Tak sedap weiii. Dah pukul baru lah gauk dengan adunan tadi. Mesti ummph lah..


8. Kak Z salutkan loyang dengan aluminium foil sebab senang nak buka dari loyang. Ni ada orang tempah. Angkat kuih terus masuk kotak. Korang kalau berniaga senang macam. Kak Z malas nak basuh loyang sebab tu buat macam ni...hii


9. Kak Z oleskan aluminium foil tu dengan marjerin. Lepas tu Kak Z tuang adunan tadi. Slow-slow tau. 


10. Adunan ni memang cukup-cukup untuk loyang 10 x 10 inci.  Jadi cantik tak melimpah atau kurang tinggi


11. Bakar seperti Kak Z ajar di atas


12. Nampak cantikkan dalam oven. Make sure korang pusing supaya tidak hangit pada satu tempat sahaja.

Biar sejuk baru potong.

Selamat mencuba

Ok bai

No comments:

Post a Comment