15 January 2017

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA


AGAR-AGAR SANTAN GULA  MELAKA

Agar-agar santan ni kalau makan bulan puasa sekali hadap. Sebab kalau Kak Z buat guna gula Melaka rasanya tidak semanis gila merah atau gula pasir. Lemak manis dan sikit masin. Siap masak masuk dalam peti sejuk. Lagi lah sedap.

Kak Z belajar buat agar-agar ni dari Kak Rokiah masa kerja di TIME dulu. Lama sudah.. sebab dia buat sedap. Tapi dia guna gula merah. Bila resepi tu sampai kat tangan Kak Z jadi lain ler..hii. Sekarang baru Kak Z dan rekod. Selalu buat tapi tak teringat nak tulis kat blog. Jom kita buat

Resepi

Bahan

1 pek agar-agar straw
250gm gula merah.. kalau rasa kurang manis boleh tambah
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
200ml santan pekat
1400ml air
2 helai daun pandan

Cara:-

1. Panaskan air hingga mendidih
2. Masukkan gula Melaka dan gula pasir masak hingga hancur. Rasa kalau kurang manis tambah gula Melaka.
3. Masukkan agar -agar dan biarkan agar-agar hancur
4. Biarkan mendidih dan masukkan santan dan garam
5. Ambil telur kacau dengan garfu atau whisk hingga hancur.
6. Masukkan kedalam periuk dan kacau supaya telur tidak berketul-ketul..
7. Biarkan sekejap sahaja untuk telur masak
8. Siapkan loyang
9. Tapiskan agar-agar dalam mangkuk kemudian masukkan kedalam loyang
10. Sejukkan dan biar keras masukkan kedalam peti sejuk

Nota:-

1.250gm gula Melaka adalah anggaran Kak Z yang selamat. Sebab gula Melaka tidak punya kemanisan yang sama kalau kita beli. Lain tuan lain rasa. Jadi korang kena tambah kalau kurang manis. Kak Z kalau agar-agar ni kadang-kadang kena tambah gula lagi.

2. Gula pasir adalah untuk menaturalkan rasa gula Melaka mungkin sedikit masam atau pahit. Lidah kita sudah terbiasa dengan rasa gula pasir jadi letak untuk rasa sedap
3. Agar-agar yang Kak Z gunakan untuk resepi ini ada agar-agar straw. Boleh juga kalau korang hendak guna serbuk agar-agar kerana caranya sama sahaja.

4. Ada orang akan blender untuk mendapatkan telur halus. Tapi Kak Z tidak tapis juga boleh jadi halus.

Selamat mencuba

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...