08 January 2017

KUIH BINGKA GULA HANGUS



Pagi tadi bercerita dengan Kakak Kak Z macam mana dia buat kuih bingka. Masa Kak Z kecil selalu ikut dia beras pulut untuk buat bingka di rumah nenek Kak Z. Sabar sungguh arwah mak buat kuih. Dari merendam beras hingga membakar kuih. Kak masih ingat lagi masa kecil-kecil Kak Z ikut Kakak Kak Z mengisar beras untuk di jadikan tepung dengan batu pengisar.  KakZ sekarang sedang membuat research untuk kuih-kuih yang arwah mak biasa buat untuk buku Kak Z yang terbaru. Doakan semuanya berjalan dengan lancar.

Resepi  dalam buku tersebut  Kak Z dapat dari Kakak Kak Z.. sebab dia yang melihat dan buat dengan arwah mak. Kak Z tak sempat.. sebab masih kecil waktu tu.  Hanya ingat sikit-sikit. Usia sekitar 4 tahun. Umur 5 tahun mak dah berenti buat kuih sebab buka kedai makan. Jadi mana nak ingat. Betul tak?  Joom kita buat..

RESEPI

Loyang 8 x 8 inci

Bahan A:-

200gm gula pasir
400ml air

Cara:-

1. Jadikan gula hangus tapi jangan terlalu hangus nanti jadi pahit
2. Perlu di sejukkan terlebih dahulu

Bahan B:-

250 gm tepung beras
175gm gula pasir
300ml santan
300ml air
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan
Daun pisang

Cara:-

1. Gaul tepung, santan, air, garam dan bahan B
2. Blander dan tapis
3. Masak bahan ini seperti bubur som-som bersama daun pandan. Kak Z masak dalam kuali dan sentiasa kacau supaya tidak hangit di bahagian
4. Lapik loyang dengan daun pisang. Kalau boleh 3 lapisan.
5. Masukkan bahan tadi dan bakar api atas bawah dengan suhu 200c selama 1 jam atau mengikut kesesuaian suhu oven anda.



Nota 

1. 1/2 jam pertama guna api atas bawah
2.1/2 jam kedua guna suhu bawah sahaja.
3. Potong kuih apabila betul-betul sejuk

Selamat mencuba

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...