08 January 2017

KUIH APAM ENO YANG MEKAR

KUIH APAM ENO YANG MEKAR

Ada orang PM Kak Z banyak betul resepi Kak Z guna ENO. Kelakar pun ada, sebab diaorang fikir Eno hanya boleh di gunakan untuk perut berangin atau sebu. Tapi sebenarnya Eno boleh di gunakan dalam masakan juga.

Perkongsian yang lepas Kak Z ajar buat cucur udang gunakan Eno. Hari ini Kak Z ajar buat kuih apa guna Eno. Apam tu akan jadi mekar dan cantik macam dalam gambar. Apam dalam gambar tersebut bukan sahaja guna Eno tapi juga mengunaka tapai nasi. Arwah Mak Kak Z kalau buat apam mekar ni marvelous lah gua cakap dengan lu. Dia gunakan Tapai nasi. Gigih sungguh dia. Buat tapai nasi dari nasi lebihan dengan ragi. Lepas tu dia rendam beras semalaman dan kisar mengunakan pengisar batu untuk di jadukan tepung beras. Mangkuk apam kaca seperti didalam gambar ada peninggalan arwah mak. masih elok. Jadi Kak Z mengunakannya. Sambil buat apa, sambil bergenang air mata. Teringat arwah mak. Alfathiha ma.." adik dah terror buat kuih macma mak juga". hiii..

Image result for kisar beras batu

Gambar Kisar Batu dari Google

Sekarang ini kita mudah sebab tepung beras sudah di jual di kedai-kedai atau supermarket. Tapi dalam resepi Kak Z  hanya mengunakan tepung beras cap teratai. kalau orag tanya ada perbezaan. Yer memang ada perbezaan. Tepung beras cap teratai macam tiak ada campuran dengan bahan lain. Bila kit abuat texturenya lain. Kak Z banyak buat kuih dapat membezakan antara tepung beras lain dengan tepung beras cap teratai. Dalam penulisan kali ini Kak Z akan ajar dari cara membuat tapai hingga akhir. Jomm buat


Resepi tapai nasi

Tapai nasi perlu dibuat 3-4 hari awal

Bahan:-

350gm nasi
1/4 quantity ragi.jika anda beli ragi bulat guna hanya 1/4 sahaja
1 sudu gula

Cara:-

1. Hancurkan ragi
2. Gaulkan dengan nasi dan gula
3. Simpan dalam bekas kedap udara selama 3-4 hari supaya boleh bertapai
4. Kak Z simpan dalam peti sejuk
5. Keluarkan awal semasa hendak buat kuih apam

Resepi Kuih Apam Eno:-

Bahan:-

600gm tepung beras cap teratai
350gm tapai
300gm gula pasir
700ml air
4 sudu besar Eno
1/4 sudu teh garam
3  pewarna pulihan

Cara:-

1. Kisar tapai, gula, garam dan 300ml air hingga halus
2. Keluarkan dan masukkan tepung sedikir demi sedikit
3. Kisar tepung dengan 400ml air
4. Masukkan kedalam bekas dan tutup
5. Biarkan aduanan selama 1 jam 30 min 
6. Selepas 1 jam 30 min bahagikan kepada 4 aduanan
7. 3 bahagian di campur dengan warna pilihan 1 bahagian warna putih
8. kacau perlahan dan di birakan selama 5 min
9. Panaskan kukus dan siapkan mangkuk apam
10. Ambil satu sudu Eno dan taburkan atas satu bahagian adunan 
11. Gaulkan  adunan dan biarkan 5 min lagi supaya kembang sedikit
12. Masukkan adunan kedalam mangkuk apam.
13. Kukus selama 15 min.. Jangan lebih jadi lain kuih apam korang.
14. Habis adunan pertama ulang dengan adunan kedua hingga habis
15. Korang akan mendapat 4 warna kuih apam

Nota:-

1. Buat kuih apam ni korang kena sabar.
2. Jangan ganas-ganas
3. buat satu persatu untuk menghasilkan apam yang cantik
4. Make sure kukus 15 min jangan lebih
5. Air kukusan betul-betul panas sebelum masukkan adunan atas kukus

Selamat mencuba

Ok bai

1 comment:

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...