18 December 2016

KUIH BAKAR TRADISI ORANG MELAKA



Kuih Bakar ada banyak versi. Sebab Kak Z orang Melaka, kuih bakar kami ada rasa rempah. Arwah mak Kak Z dulu adalah pengusaha kuih muih tradisi di kampung kami. Kak Z ingat lagi bila dia masak kuih bakar. Kak Z berumur 5 tahun. Dia membakar cara konservatif. Cara mengunakan kayu api. Ovennya pula ialah mengunakan tin minyak. Zaman dulu minyak di jual mengunakan timbang. Minyak perlu di pam dari tin besar.




Tin tersebut di potong melintang . 1 bahagian atas 1 bahagian bawah. Bahagian bawah di letak batu kecil dan dipanaskan atas kayu api. Bahagian atas di jadikan penutup dan di letak bara sabut kelapa. Sangat tradisi kan? Tapi itu lah oven mak Kak Z.



Dia mengunakan telur itik. Kerana rasa lebih lemak. Orang yang akak duduk tepi oven tu sampai kuih masak. Kak Z lah. Sebab orang laim pergi sekolah. Kak Z jer di rumah. Sabar sungguh arwah mak. Duduk dekat api bawah pokok rambutan. Dia mengunakan acuan bunga 8. Acuan tersebut dibuat dari tembaga. Kak z ada 1. Dari arwah mak. Yang lain guna yang biasa di jual di kedai.



Dari tahun 2006, Kak z buat kuih bakar ni, lama sudah acuan tersebut. Jangan mengumpat kalau nampak acuan ni hangit. Lama dah.. dulu beli RM6.00 di bawah pokok besar Chow Kit Road. Sekarang pasti mahal.

Rasa rempah kuih bakar ini pastinya lain dari yang lain. Ada orang tidak suka rasa rempah tersebut. Dengan resepi inu korang boleh aje keluarkan rempah tersebut. Jadikan nya kuih bakar biasa. Kurang kick lah. Apa pun resepi ini Kak Z guna masa mengusaha kuih muih dulu. Korang boleh cuba

bahan A

300ml air
500gm gula (kalau tak mau manis kurangkan 100gm)
1/4 sudu teh pewarna hijau
secubit garam
(masak bahan ini hingga gila hancur)

bahan B

500 gm tepung gandum
300ml santan
4 biji telur
20 helai daun pandan
400ml air

Bahan C

1 batang serai
2 cm kunyit hidup
1 batang kulit kayu manis
1/4 sudu teh jintan manis



Cara:-

1. Bakar serai hingga naik bau
2. Bakar kunyit hingga masak
3. Tumbuk kulit kayu manis hingga halus kerana perlu dengan bahan lain dan tidak merosakkan blander
4. Potong serai halus
5. Kisar daun pandan, serai, kunyit, kulit kayu manis dan jintan dengan air hingga halus
6. Tapis perlu mendapatkan air bahan kisar 500ml
7. Bancuh tepung, telur, santan dan air bahan kisar
8. Kemudian blander sampai aduanan jadi halus dan tapis













Proses seterusnya adalah untuk membakar kuih.

Bahan:
Bijan perlu disangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan
Minyak masak secukupnya

Cara:-

1. Panaskan acuan kuih bakar.
2. Ambil 3 sudu besar minyak dan masuk kedalam acuan
3. Biarkan acuan betul-betul panas dan berasap
4. Masukkan adunan 3/4 acuan
5. Taburkan bijan
6. Bakar hingga masak dengan api atas bawah 220c
7. Atau sehingga aduanan sedikit coklat
8. Perlu di pusing adunan dalam oven supaya masak rata.










Nota
1. Kepanasan oven lain.
2. Jika kita ukur air pandan tidak cukup 500ml selepas di tapis boleh tambah air untuk mengenapkan 500ml
3. Jika rasa terlalu manis boleh kurangkan gula 100gm
4. Ingat jangan blander kulit kayu manis yang tidak di hancurkan lagi kerana boleh merosakkan blander anda.

Selamat mencuba

Ok bai

Pic : credit dari Mr google

1 comment:

  1. Terima kasih share resepi. Saya dh buat ikut resepi, tak jadi. Kuih keras. Pertama kali saya buat kuih bakar tak jadi. Ikut resepi ni telurnya sgt. Jintan manis pun mcm tak lojik suku camca saja. Saya tak pasti tuan punya resepi bagi resepi yg betul atau tak.

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...