26 August 2016

VICTORIA SANDWICH CAKES UNTUK TERSAYANG


Antara kek kegemaran anak-anak Kak Z ialah kek ini. Kenapa?  Kek ini mempunyai secukup rasa yang membuat kita makan dan makan lagi. Rasa butter cake dan jem strawberry. Lepas tu ada cheese frosting pasti sedap betul tak? Kak Z share dari resepi lama yang Kak Z kemudian edit supaya lebih sedap dan menarik. Korang kena cuba buat baru korang boleh mengakui sedap sangat Kak z.

Mula korang kena buat Jem strawberry, kemudian buat kek. Sebab jem kena biarkan sejuk terlebih dahulu baru di letak atas cheese frosting. Kemudian baru boleh dihiaskan dengan buah strawbery.

Resepi Strawberry Jem

Sumber Dari blog 

CLASSIC STRAWBERRY JAM ~ CANADIAN STYLE

By : Evelyn / Athen
Source : Food.com
Adapted from : Cooking With Rosie

250 gm strawberries ~ buang tampoknya dan cuci bersih
70 gm gula
40 ml jus lemon
12 gm butter tanpa garam

  1. Dalam periuk kecil, masukkan strawberries dan panaskan atas dapur dengan api yang perlahan.
  2. Dengan menggunakan alat melenyek kentang ( potato masher) lenyek-lenyekan tapi jangan sampai lumat.
  3. Tambahkan gula dan masak lagi lebih kurang 2 minit
  4. Tambahkan butter dan masak semula sambil di kacau hingga adunan sedikit pekat.
  5. Matikan api dan buang buih-buih di atasnya
  6. Masukkan dalam botol kaca yang tahan panas dan telah direbus untuk menyah bakteria
  7. Tutup rapat dan rebus kan semula dalam air mendidih selama 15 minit ( botol tenggelam)
  8. Keluarkan dari tempat rebusan
  9. Sejukkan dan simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama
Resepi Butter Cake

Bahan-bahan

250gm butter Anchor
220gm gula castor. 
5 biji kuning
1 sudu teh esen vanilla
220gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu UHT


cara membuat kek:-

1. Pukul telur dan gula hingga butter putih
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
3. Masukkan esen vanilla
4. Campurkan baking power kedalam tepung
5. Bahagiakan tepung kepada 3 bahagian
6. Bahagikan susu kepada 2 bahagian
7. Masukkan 1 bahagian tepung kedalam adunan butter dan pukul hingga rata
8. Masukkan1 bahagian susu dan kacau rata.
9. Ulang sehingga habis
10. Potong kertas minyak ikut ukuran loyang
11. Sapukam shortening di atas loyang pembakar dan alaskan dengan kertas minyak tadi
12. Masukkan adunan kedalam loyang dan ratakan kan
13. Oven perlu dipanaskam dengan suhu 180c
14. Masukkan kedalam oven dan bakar selama 45mim
16. Kek cukup masak apabila sudah renggang dari kertas minyak atau berwarna kekuningan




Cara membuat kek


Pukul telur dan gula hingga butter putih


Butter kelihatan putih


Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi



Kelihatan gebu



Masukkan esen vanilla


Campurkan baking power kedalam tepung


Masukkan 1 bahagian tepung kedalam adunan butter dan pukul hingga rata


Masukkan1 bahagian susu dan kacau rata.




Potong kertas minyak ikut ukuran loyang, Sapukam shortening di atas loyang pembakar dan alaskan dengan kertas minyak tadi



Masukkan adunan kedalam loyang dan ratakan  dan Oven perlu dipanaskan dengan suhu 180c. Bakar selama 45mim


Bakar hingga kekuningan

Kek cukup masak apabila sudah renggang dari kertas minyak


Resepi Cheese Frosting

Credit Resepi  : Azlita Aziz

Krim Keju 1

150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh paste Lemon

Pukul krim keju dan gula hingga kembang
Masukkan mentega, esen vanilla dan lemon paste
pukul sebati

Untuk krim keju yang ita gunakan

Krim Keju 2

200 gm krim keju
1 sudu teh lemon Paste
90 gm coklat masakan putih
150 gm krim bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
8 gm gelatin
30 gm air

  1. Cairkan gelatin ~ rujuk sini
  2. Cairkan coklat masakan cara double boiler
  3. Satukan gelatin cair dalam coklat putih
  4. Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut
  5. Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih
  6. Dalam bekas pemutar lain, putar krim keju hingga kental
  7. Satukan krim putar dalam krim keju dan kaup balik rata
Selepas kek di sapukan dengan cheese frosting dan di letak dengan jem strawberry korang boleh hiaskan dengan strawberry dan blueberry. Ikut yang korang sukalah. 


Selamat Mencuba

Resepi Kek Butter dari Diary Kak Z
Resepi : Jem Strawberry dan Cheese Frosting dari http://www.azlitamasammanis.com/

ok bai


No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...