26 August 2016

CREAM PUFF SUNGGUH CREAMY

Resepi Cream Puff

Resepi Puff

Bahan:-

250ml fresh milik
100gm butter
5gm garam
10gm gula
125gm tepung high protin
150gm telur. 

Cara:-

1. panaskan susu segar hingga mendidih
2. masukkan mentega, garam, gula dan kacau hingga larut
3. masukkan tepung dan gaul  hingga rata.
4. masukkan kedalam pemutar kek.. selepas seketika biarkan sejuk sebentar
5. masukkan telur sedikit demi sedikit dan pukul hingga kembang.
6. masukkan kedalam piping beg dan bentuk bulat
7. Bakar dgn suhu 180c selama 20-25 min
8. sejukkan pipekan krim custard

Resepi Cream Custard

Bahan:-

200ml air 
200ml whipping cream @ susu cair tin
50gm tepung gandum
15gm tepung custard
50gm butter
100gm susu pekat
1/2 sudu teh esen Vanilla

Cara:-

1. Panaskan 100ml air atas api kecil hingga panas dalam periuk
2. Campurkan baki air dengan susu
3. Bancuh tepung gandum dan  tepung custard dengan campuran susu dan air
4. Tapis supaya tidak berketul
5. Masukkan kedalam air yang panas tadi dan kacau supaya tidak berketul
6.Kacau hingga pekat dan tutup api
7. Masukkanesen vanilla,  butter dan susu pekat kacau hingga rata
8. Buka api perlahan dan kacau hingga berkilat.
9. Siap tutup api dan tutup atas custard tadi dengan plastik supaya tidak keras di atas permukaan.
10. Biarkan sejuk sebelum dipaip dalam cream puff


* NOTA*

1. Kak Z akan timbang telur sebab cream puff tidak akan jadi dengan cantik jika terlebih air atau terkurang air
2. Sebelum masukkan telur pastikan aduan tepung betul-betul sejuk. Jika Tidak tepung dan termasak sebab terkena doh pasti. yang pasti memang t ak jadi lah cream puff korang... cakap belandas pengalaman beratahun buat cream puff yer
3. Kenapa perlu tutup api ketika masuk butter dan susu pekat. Sebab tidak mahu bagi dia hanggit. bila dah hanggit tak sedap. bila tak sedap jangan salahkan resepi dan petua.
4. Sekian

Ok bai


No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...