25 August 2016

Musim Menuai Buah Dokong



Arwah ayah Kak Z tanam 3 batang pokok dokong di belakang rumah. Katanya nanti anak cucu boleh makan kalau dia dah tak de. Betul pun, arwah tak sempat merasa pun buah yang tanam tu. Cucu lah dapat makan. Masa Kak Z belum pindah balik Melaka, buah ini kena beli 3kg RM10.00. Sekarang belakang rumah sahaja sudah boleh petik. Kat atas-atas tu Kak Z nampak bukan main meriah buahnya berbuah. Jenuh nak panjat. Kena cari masa sesuai. Sebab bila kami pergi dekat pokok.. nyamuk datang menyerang.



Kak Z anak-beranak mesti pakai spray anti nyamuk. Kalau tidak habis darah kami kena sedut. Seronok... esok plan nak bawa tangga. Mak tidak boleh panjat ada jatuh tergolek macam nangka busuk. Assistant ramai. Apa lagi kerah lah..teruk mak dia.

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...