26 August 2016

KEK PISANG GEBU


Resepi Kek Pisang Gebu

Cuti sekolah akan bermula tidak lama lama. Kmai akan pergi bercuti. Dalam perjalanan mesti lapar. Kak Z kalau berjalan suka bawa makanan dari rumah dari beli di kedai makan atau R & R. Anak ramai belanja kena budget. Jadi antara bekal yang Kak Z akan bawa ialah kek pisang inilah. Resepi kek ini boleh buat dalam quantity yang banyak dan tahan dalam masa 2 atau 3 hari. Kek pisang mudah dibawa dan tidak renyah. Korang kena cuba. Sebab sedap.


Bahan A

200gm butter
200gm marjerin
1 sudu makan ovellete
450gm gula custor(gula pasir biasa pun boleh)
1/4 sudu teh garam

Bahan B

7 biji telur A = 450gm (tak pernah timbang pooonn)

Bahan C

500gm pisang (timbang selepas buang kulit jika tidak berat kulit je nanti)
2 sudu teh esen pisang
2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 sudu makan glycerine - kek kita akan moist guna bahan ini
(kisar semua bahan ni)

Bahan D

550gm tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
4 sudu teh baking powder
3 sudu makan tepung susu
(ayak semua bahan ni)

Cara:-

1. Pukul bahan A sampai gebu.. masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan bahan C dlm A + B
3. Masukkan bahan D sedikit demi sedikit hingga rata
4.Bakar hingga masak... dengan suhu 180c

petua kek ni akan mudah hangus jika tidak dijaga apinya..

Selamat mencuba

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...