CROISSANT
Kak Z suka buat croissant. Kenapa? Sebab Kak Z dan anak-anak suka makan sandwich croissant. Sebenarnya senang hendak buat croissant. Tapi kena buat penuh kesabaran. Lama juga Kak Z belajar. Bila Tidak practice Kak Z lupa. Sekarang Kak Z sudah ada buka yang menulis cara membuat danish dan puff pastry dalam buku tersebuat ada cara membuat croissant step by step. Korang bileh mendapatkan buku ini di kedai buku atau menempah melalui online dengan ALAF 21.
Buku Tulisan Kak Z
Resepi Croissant
Bahan:-
1 kg tepung protin tinggi 500ml air sejuk
10gm garam halus
100gm gula
10gm bread improver
20gm yis
100gm butter
1 biji telur
50gm susu tepung
500gm pastry marjerin....# beli di kedai bahan bakery.. tak der di jual di supermarket atau kedai biasa dan tolong jangan tanya lagi.. ikut shj perintah.. sbb malas nak jawab
Cara membuat:-
1. Gaulkan tepung, garam, gula, improver dan yis
2. Masukkan telur dan air gaul hingga rata
3. Masukkan mentaga dan gaul hingga doh terbentuk
4. Rehatkan selama 10 min
5. Canaikan doh.. letak pastry margerin dan buat lipatan buku
6. Rehatkan doh 10 min
7. Canaikan lagi dan buat dua kali lipatan buku
8. Rehatkan doh 10 min selepas itu canaikan doh dan potong
untuk membentuk
9. Biarkan doh kembang selama 30-40 min
10. Bakar pada suhu 180c selama 20-25 min
11. teknik melipat doh seperti di bawah
1
Teknik melipat doh
Teknik melipat doh:-
1. Doh
2. Leperkan doh
3. masukkan pastry marjerin
4. lipat 3-4 kali
5.hasil dari lipatan itu
6. boleh leperkan untuk membentuk
Doh yang telah di leperkan
Potong tiga segi 4 x 9 inci
#tiada berat yang specific
Jangan lupa letak tepung di bawah doh tadi
Sapu kan telur di atas doh dan gulung
boleh buat bentuk seperti ini
atau seperti ini
Di letak atas dulung pembakar dan tunggu naik selama 30min
bakar dengan suhu 160c selama 45min/kekuningan
jual dengan harga RM1.50 - RM2.00
makan dengan suka hati korang lah.. cicah dgn masak lomak pon sodap
Selamat mencuba
p/s utk kelas contact FB: SERIWANI NASRI atau Azuraa Rahman
ok bai
No comments:
Post a Comment