15 August 2016

My Bodyguard Birthday..Happy Birthday Hakim



Happy Birthday Sayang..Lahir 16hb Ogos 2000 di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru. 16 tahun berlalu. Berat 3.1kg sekarang dah lebih tinggi dari mak dia. Dia paling kuat menangis. Umur 3 bulan berat 9kg. Korang bayangkan betapa kus semangatnya dia. Pernah masuk pertandingan baby comel. Boleh termenang. Kelakar pun ada..memang montel lah dia.




Dia kawan gaduh, nangis, gelak dan crime syndicate mak dia. Bila mak nangis dia yang pegang tangan mak dia.. mummy sudah-sudah jangan nangis. Nanti cepat tua. Boleh dia kata gitu. Tapi dia dah lalui banyak pahit manis dengan mak dia.



Sebagai anak sulung, pastinya dia sangat bertanggungjawap terhadap adik-adik dia. Adik paling takut dengan dia. Bila dia kata..Haniisss..jangan buat hal. Kecut telur adik. Di sekolah dia Presiden Persatuan Silat dan Ketua Darjah. Cita-cita hendak jadi Jurutera. insyallah mummy doakan. Bukan itu sahaja mummy doakan. Mummy doakan abang jadi anak yang soleh, beriman pada allah dan bertanggungjawab pada agama, ibubapa dan keluarga. Amin

Ok bai

No comments:

Post a Comment

GLAMPING SECARA CAR CAMPING

Car camping di luar negar sellau menjadi inspirasi Kak Z untuk menghias kereta ketika camping. Mungkin trend car camping masih baru di Malay...