16 August 2016

Ketam masak Lemak Nenas Madu 3



Ketam masak Lemak Nenas Madu 3


Masa kecil dulu lauk kegemaran arwah ayah ialah masak lemak ketam. Arwah mak dulu menguasahakan kedai makan. Jadi memang pandai memasak pelbagai jenis masak lemak. Pekat dsn lemak berkrim. Kenapa Kak Z kalau buat masak lemak selalu pecah minyak dan tidak seperti arwah mak. Tu lah orang suruh belajar masak tak mau masa dulu. Cia cia cia..

Chef Azman dari Seri Pacific berkongsi resepi Ketam Masak Lemak Madu 3. Sedap dan ini boleh memenuhi citarasa korang. 

Resepi: Chef  Azman Bin Jemangin
Lokasi: Zende, Seri Pacific Kuala Lumpur

Bahan-bahan:
3 ulas bawang merah (*)
3 ulas bawang putih (*)
1 inch kunyit hidup (*)
8 biji cili padi (*)
2 batang serai – diketuk
2 helai daun kunyit
2 helai daun limau
10g udang kering (*)
1 biji nenas
1 biji Santan
2 keping Asam keeping
1kg Ketam
2 sudu minyak


Method:
1. Kisar bahan-bahan bertanda (*) sehingga lumat. Panaskan minyak masukkan serai yang diketuk dan tunggu hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan-bahan bertanda (*) tadi dan tumiskan sehingga garing.
3. Masukkan pula ketam dan nenas. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan pula santan, asam keeping, daun kunyit dan daun limau.
5. Tunggu sehingga mendidih masukkan garam secukup rasa.



No comments:

Post a Comment