15 August 2016

Asam Pedas Ekor Lembu Seri Pacific


Asam Pedas Ekor Lembu Seri Pacific

Perkongsian Resepi hari ini ialah Chef Azman Jemangin dari Seri Pacific, Kuala Lumpur. Masa Kak Z, hanya tahu asam pedas ikan. Bila sudah merantau macam-macam jenis asam pedas rupanya. Asam pedas  Ayam Mat Gebu makan masa pergi rumah Mat di Sedenak. Ini pula Asam Pedas Ekor Lembu. Lain dari yang kan? .. Selama mencuba.. 
Resepi : Chef Azman Jemangin
Lokasi: Zende, Seri Pacific, Kuala Lumpur

Bahan
5 ulas Bawang merah (*)
3 ulas Bawang putih (*)
1 inch Lengkuas (*)
1 inch Halia (*)
2 inch kunyit hidup (*)
10 biji cili kering (*)
1 inch Belacan (*)
2 btg serai diketuk
1 genggam daun ketuk
1 ekor lembu
1 mangkuk air asam
2 sudu minyak
Garam secukup rasa


Cara:-
1. Kisarkan bahan-bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan tumiskan serai sehingga naik bau.Masukkan bahan bertanda sehingga pecah minyak dan garing.
2. Masukkan ekor dan air asam dan sedikit air dan tunggu sehingga ekor empuk.
3. Masukkan daun kesom, bendi dan terung.
4. Masukkan garam secukup rasa.

ok bai

No comments:

Post a Comment