15 August 2016

Sambal Tumis Petai Udang Berbicara


Sambal Tumis Petai Udang Berbicara

Musim petai yang banyak muncul kembali. Dekat ruma Kak Z banyak sungguh petai. Satu pokok tu dapat sebonet kereta Pak Utih Kak Z. Tukang panjat sepupu Kak Z. Arwah Mak Kak Z mesti cari mata petai yang besar kalau beli petai. Kakak-kakak dan abang-abang berebut kalau makan petai. Tapi Kak Z tak makan petai. Kak Z terlebih mat salleh. What to do.. 

Oleh kerana banyak petai di pasaran sekarang, korang mesti mencari idea untuk masak petai. Betul tak? Perkongsian hari ini ialah sambal tumis petai udang berbicara. Bila korang makan lauk ini..korang diam tapi udang yag bising.. 

Resepi: Chef Azman Jemangin
Lokasi: Zende, Seri Pacific Kuala Lumpur


Bahan-bahan:
4 ulas bawang merah (*)
3 ulas bawang putih (*)
2 inci Belacan
100gm cili kering (*)
20gm Gula Melaka
1 mangkuk  air asam
10g Petai
Garam secukup rasa
1kg Udang
Minyak


Method:
1. Kisar bahan bertanda (*). Tumiskan bahan kisar bersama belacan sehingga garing dan pecah minyak.
2. Masukkan gula Melaka dan air asam.
3. Masukkan udang & petai dan tunggu sehingga mereneh dan udang masak.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.

Ok bai






No comments:

Post a Comment

GLAMPING SECARA CAR CAMPING

Car camping di luar negar sellau menjadi inspirasi Kak Z untuk menghias kereta ketika camping. Mungkin trend car camping masih baru di Malay...