15 August 2016

Snow Cheese Cake Slice



Semenjak diet ni, Kak Z tak makan karbo sangat. Kek lagi lah memang elak. Tapi disebabkan birthday abang Hakim kena lah makan juga. Sedap pulak tu kek ni. Walaupun simple tapi sedap.Kak Z boleh aje buat oreo cheese cake atau marble. Tapi cheese cake jenis tu padat sangat. Anak-anak dah kenyang sebab makan pizza dan benda lain. Baik buat jenis ni. Sekejap jer licin.

Bahan kek :-
4 biji telur A
125gm tepung naik sendiri
125gm gula castor
10gm ovellate
45gm air
75gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Cara:-
1. Pukul telur, gula, tepung dan ovellate hingga kembang
2. Masukkan air dan pukul sebentar
3. Masukkan esen vanilla kacau rata
4. Masukkan minyak jagung cara kaub dan balik perlahan supaya angin tidak keluar.
5. Loyang pembakar perlu di sapu grease dan alat dengan kertas minyak
6. Bakar dengan suhu 220 darjah celcius selama 10-15 min atau masak
7. Masak keluarkan dari loyang dan letak atas jaring supaya sejuk

Bahan cheese:-
250gm cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1 cawan whipping cream nom dairy..
1 sudu teh esej vanila
100gm cheddar cheese
Strawberry jika suka

Cara:-

1. Pukul cream cheese hingga lembut
2. Masukkan susu pekat dan pukul hingga rata
3. Masukkan esen vanilla whipping krim pukul hingga kembang
4. Salutkan seluruh kek dengan cream cheese
5. Parutkan cheddar cheese atasnya.
6. Boleh dihias dengan strawberry.


Ok bai

No comments:

Post a Comment