29 March 2016

Legoland Malaysia sekali lagi..!

O

Balik dari Kelantan terus ke Legoland. Sebelum cuti sekolah mid term dah tanya korang hendak pergi mana..jawapan Legoland. Apa yang seronok legoland ni tak tau lah. Tapi sebenarnya memang seronok. Mak mak macam kak z ni pun seronok.



Kami bermalam di Bandar Johor Bahru. 10 min sahaja dari bandar mengunakan Nusajaya Express link. Ikut sahaja sighboard Nusajaya nanti ada tanda Legoland. Tak sesatlah.



Kami sampai dalam pukul 9.45pagi. Jadi tukang buka pintu pagar sebab masa sampai belum ramai orang. Selepas mengambil park guide kami rancang mainan apa yang kami mahu naik. Sebelum ini kami datang tapi 'rushing'. Sebab kejar masa. Hari ini free and easy.

Bila terlalu awal kenal lah tunggu mesin mainan di hidupkan. Dalam pukul 11.00pagi baru permainan bermula. Sebelum itu kami merayau sambil cuci mata.

No. 1 kami naiki ialah Project x. Naik lagi sekali.. kecut perut pun naik juga. Dah macam kanak-kanak ribena pula maknya..seronok punya pasal lah ni



No. 2 kami naik The Dragon.. mak tak naik. Anak-anak naik. Sebab ada budak kecil dah kecut perut. Nangis tak mahu naik. Yang naik abang hakim dan kembar



Masa kali pertama kami datang tidak dpt naik dino island sebab tidak cukup masa. Kali ini kami qadaq naik. Basah pun basah kami belasah.. jerit lagi. Tau suara hilang.. tahap gaban punya penakut aku ni. Datang lagi sekali nak naik sekali lagi..maybe dah tak gayat lagi waktu tu



Lepas tu layan si kembar naik aquazone wave racers. Sebab hari itu dia orang tidak berkesempatan untuk naik. Syiok kan..tu lah.. momee cakap tidak percaya.. best. Nak naik lagi ramai pulak orang beratur. Lain kali aje naik..hii





Lepas itu kami pergi makan di Market Restaurant. Nanti bab makan kak z share di entry yg lain ok. Don't worry .



Waterpark tempat kegemaran anak-anak . Sudah puas makan dan main di theme park kami kesini. Berendam macam badak berendam. Sejuk sikit badan. Kat sini sekali lagi kena buli..momee naik yang hijau kami naik yang biru.. hoii terebang aku dalam tunnel tu..hanif kata relax momee.. tak ada apa-apa.. jatuh jantung mak..



Kami pulang lewat petang.. pukul 7pm legoland tutup. Kami tukang tutup pintu gate...hii.. syiok punya pasal ada juga yangntidak habis cover. Banyak lagi yang hendak di ceritakan. Biar akak pecahkan satu persatu supaya korang tidak bosan membaca. Sesiapa pernah ke Legoland pasti hendak datang semula. Sebab memang best. Insyallah ada rezeki ada pasti boleh kemari. Legoland banyak menawarkan harga tiket murah dan harga yang menarik. Layari www.legoland.my segala maklumat boleh didapati di situ..

Ok bai

2 comments:

  1. Penah sampai tapi tak masuk dalam....insyaAllah ada rezeki boleh masuk

    ReplyDelete
  2. Project X tu kitorang naik sampai 3 kali, anak anak punya pasal mama nya yg kecut perut pun kena naik gak hahaha. Teringin nak pi lagi ke Legoland, mmg best!

    ReplyDelete