14 March 2016

Rawatan Gigi Di Mahkota Medical Center




Masa kecil-kecil akak selalu di takutkan dengan cerita pak pandir hilang gigi kalau tidak berus gigi sebelum tidur. Bila sebatang gigi hilang menangis sebab orang ejek rongak. Mula-mula hilang gigi susu pada umur 6 tahun. Malam-malam ada pari-pari bagi duit RM1.00. rupanya emak yang letak.. hurmmm.. upah jangan nangis.

Nanti gigi tumbuh semula. sejak itu rajin sangatlah berus gigi. Kakak-kakak yang besar kata ini gigi susu . nanti bila ada gigi kekal kena jaga betul-betul

Akak kan degil lepas makan coklat tidak berus gigi. Hilang sebatang gigi gerham masa 17 tahun. Hukuman tidak jaga gigi dengan elok. Serik korang... tapi hilang lagi sebatang 11 tahun lepas. lagi serik. Sejak dari itu setiap 6 bulan mesti jumpa dentist. tak mo ronggak... tak seksi kalau gigi rongak


Sudah cukup 6 bulan mendapatkan rawatan. Kali ini khidmat nasihat dari Dr Raymond Singh Kler di Mahkota Medica Center. Puas hati dengan rawatan dia. Dia kata gigi akak cantik walaupun sudah berusia 43 tahun. Hanya perlu membuat scaling bagi membuang karak gigi yang degil tidak boleh dengan hanya memberus. Lain-lain masalah tidak ada.







Oleh kerana dentist handsome dan baik dengan rela hati akak menyerahkan gigi ini untuk di rawat. Dr Raymond menerangkan punca kerosakan gigi dan rawatan yang patut di lakukan jika kerosakan itu teruk.




Dr Raymond mengatakan kerosakan gigi gigi menjadi reput dan berlubang. Puncanya ialah pengambilan gula yang kerap yang boleh menyebabkan pembentukan asid secara berterusan oleh bakteria dalam plak gigi.



Mereka yang berisiko:-
1. Tidak menjaga kebersihan gigi
2. Kerap mengambil makanan yang tinggi kandungan gula
3. Mulut kering (xerostomia)
4. Tanda-tanda kerosakan gigi



Tanda kerosakan gigi ialah:-
1. Kesakitan
2. Gigi berlubang
3. Tidak selesa ketika memberus gigi dan mengunyah makanan
4. Makanan mudah melekat di celah-celah gigi
5. Rasa atau bau dalam mulut yang tidak menyenangkan



Jika tidak di rawat
1. Gigi mati
2. Gusi bernanah (bengkak)
3. Sukar mengunyah makanan
4. Kehilangan gigi
5. Gangguan pertuturan akibat kehilangan gigi

Apa perlu anda lakukan untuk mencegah kerosakan gigi?

1. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula terutama di antara waktu makan utama. Sekiranya ingin makan makanan ringan, pilihlah makanan ringan yang berkhasiat seperti buah-buahan.
2. Kurangkan atau elakkan minuman berkarbonat yang mana banyak mengandungi gula. Amalkan minum air kosong.
3. Memberus gigi dengan ubat gigi berflourida.
Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kuranya sekali setahun.









Jenis-jenis rawatan yang di sediakan oleh Dr Raymond ialah:-

1. Filling - RM70 -RM100
2. Scaling - RM85 to RM125 - harga promotion RM80+ consultation
3. Root canal RM420- RM700
4.Crown RM750 keatas
5. Bridge RM2250 ++
6.Implant RM7,000++
7. Whitening RM1,400 - harga promotion- RM966
8.Extraction RM90-RM125.00

Untuk temujanji sila hubungi MMC Dental . Tel : 06 2852919  ext dental clinic Dr. Raymond..a.k.a Dr Handsome

Ok bai

1 comment:

  1. kalau dapat dentist hensem mcm ni, pergi selalu pun takpe. xpyah tgu 6 bulan haha

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...