29 March 2016

Kelantan kami datang

Kali terakhir ke Kelantan tahun 2013. Selepas 3 tahun kami datang lagi. Masa dulu selalu juga datang ke kelantan samada menaiki kereta atau kapal terbang. Kali ini lain pula menaiki bus. Fuuhhh berdegung 12 jam dalam bus. Masa kami pergi jalan yang di lalui ialah Alor Gajah, Tampin, Segamat, Bandar Muadzam, Kuantan, Cherating, Kerteh, Kuala Terengganu, jerteh, pasir putih, machang, tanah merah, Pasir Mas. Di Kelantan tempat penginapan tidak ada masalah sebab abang tinggal di Pasir Mas. Selama 3 hari 2 malam kami menginap di sini..



Abang yang no. 2 adik beradik kami. Berkahwin dengan kakak ipar, orang siam kelantan. Walaupun kami adik-beradik jauh kami semua masih rapat. Sampai sekarang dia tak ingat mana satu hanif mana satu haris..sorry pak ngah, i talk about you...hii



Pakngah bawa kami jalan-jalan satu Kelantan. Dia tanya nak shopping ker? Tidak lah. Nak luaskan mata melihat permandangan. Dari pasir mas ke rantau panjang-pengkalan-kubur-tumpat-pasir mas.



Serius kak z cakap..memang berbeza dari dunia kak z. Cara kehidupan, tempat tinggal, makan, percakapan dan adat orang kelantan. Pakngah bawa kami jalan dalam. Melihat masyarakat kehidupan orang melayu, siam dam cina di kelantan. Mereka boleh hidup dengan majmuk dalam satu kampung...wow awesome.. dengan 1 dialek.. ialah dialek kelantan.

Hari kedua kami ke pasar siti khadijah. 1 jam perjalanan dari pasir mas ke Kota Bahru. Masih tidak berubah. When was my last visit. Don't remember.



Bila niat hanya untuk berjalan tanpa membeli belah memang jalan-jalan sungguh. Beli serunding dan asam jawa. Sebab itu memang kegemaran. Banyak gerai dan banyak pilihan pening.





Kami sampai lewat petang. Jadi tidak berapa ramai orang. Tingkat 3 pasar siti khadijah banyak menjual kain batik, baju pasang dan kaftan. Kalau suka membeli memang inilah tempatnya. Kak z hanya melihat sebab pakai baju kurung pun masa hari raya. Abang kak z memang layan kami. Satu Kelantan kami jalan.

Umpama melancong 3 hari 2 malam.. lepas ini kami akan ke Legoland Johor. Anak-anak seronok sebab cuti kali ini berjalan sahaja.

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...