13 February 2016

Nasi Kukus Ayam Berempah Budget Jln Kilang, Melaka



Hari ini ialah hari jalan-jalan cari makan sempena raya nenek moyang kita. Ia..kita ada darah cina. Puas hati itu sebab mata kita sepet..hiii.
Tiap kali hendak keluar mak mesti tanya hendak makan di mana. Jawapan Nasi kukus pakcik megat. Cepatnya jawap. Nasi kukus pakcik megat atau lebih dikenali Nasi Kukus ayam berempah Budget , Jln Kilang, Melaka.

Kenapa budget? Nasi kukus dan ayam berempah RM4.00. Susah mau cari owww.. kalau hendak tambah air RM5.00. Anal-anak suka sebab ayam goreng rempah dan sos nya sedap. Adik kalau makan dia sorang seketul ayam boleh habis. Abang lagi dia mesti 2 pinggan.

Kalau datang ke Bandar Melaka lokasinya mudah. Sebelah UiTM bandar Melaka. Waze aje UiTM bandar jln kilang melaka sampailah sebab kedai dia tepi jalan. Dari jauh kita boleh bau aroma ayam goreng berempahnya. Korang kalau datang lunch time.. kena beratur panjang.
Waktu operasi dari 9.30-6.00ptg setiap hari.

Oleh itu kalau datang melaka jangan fikir pasal jammed ..fikirlah pasal asam pedas, coconut shake, ikan bakar dan nasi kukus ayam berempah budget jalan kilang..

Ok bai

1 comment:

  1. memang x sempat fikir pasal jem.. asyik makan cari makan je kejenya..haritu turun melaka semua yg disebutkan dah try makan kecuali nasi ayam berempah ni.. ok next time pulak.InsyaAllah

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...