11 February 2016

Zang Toi West 57th Street Cafe Paviliion .. Delicious Pandan Cheese Cakes

Zang Toi West 57th Street Cafe ..jauh ke? Tidak lah.. cafe ini di tingkat 4 Parkson Pavillion, Kuala Lumpur.





Cafe kedua Zang Toi yang dah akak pergi. Kenapa datang semula? Puncanya Pandan Cheese Cakes. Rasa authentice lemak pandan, pisang dan cheese memang kena citarasa akak.





Mula rasa kek ini di Zang Toi West 57th Street Cafe Freeport Afamosa outlet. Di tambah dengan minuman punch yang menyegarkan. Rasa keju kek ini tidak menjemukan





Bukan hanya dengan kek pandan sahaja, makanan lain juga sedap. Sudah tentu salmon sandwich. Kenapa? Sebab parmesan dan mozarella cheese bergabung menghilangkan rasa hanyir ikan tersebut.







2 jenis makanan ini akan memjadi kegemaran akak. Macam di Melaka ada juga pilihan lain seperti chicken chop, nasi lemak rendang, sosej sandwich, pasta dan kek coklat. Semua pilihan ini memenuhi citarasa pengunjung.



Suasana kedai ini seperti butik cafe.. memamg butik cafe. Peminat fashion rekaan zang toi boleh mendapat pakaian rekaan beliau disini. Bukan setakat ini terdapat juga barang hiasan dalaman di sini.







Semua ini adalah rekaan Zang Toi. Setiap sentuhan kreatif Zang Toi hasilnya disini. Suasana cafe ini cozy dan sesuai majlis sambutan hari jadi secara kecilan. Hubungi mereka dan tempahan. Anda akan di layan oleh cafe manager En Badrul.



Cafe ini di urusakn abang Zang Toi dan anak saudara beliau. Layanan mereka sungguh awesome.. thank you for your hospitality..

Ok bai

1 comment:

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...