11 February 2016

Suami gelak isteri jatuh



Pengalaman yang menarik untuk aku kongsi dengan korang. Semalam akak naik LRT dari TBS ke PWTC. Ada satu pasangan dan seorang usia 8-9 thn. Si suami bawa beg tarik..isteri bawa beg jinjing di tangan. Sebelah tangan lagi pegang anak. Masa menunggu LRT sampai dia duduk sebelah akak. Dengar dia cakap dialek utara. Bercakap dengan anak dan suami dia. Macam biasa akak memang tidak hirau hal orang.

LRT pun sampai. Kami pun naik. Orang ramai ketika itu. Suamimsudah duduk di satu tempat kosong. Isteri masih mencari. Dapat di sebelah akak sambil itu sibuk panggil anak untuk duduk sama.

Tetiba coach LRT tersentak..kalau kita sudah biasa kita akan bersedia. Kesian kepada wanita tadi sebab dia tidak bersedia dan jatuh tergolek. Subhanallah...paling syahdu.. suami mengelakkan si isteri tanpa menolong.

Orang lain sibuk menolong si isteri bangun dan punggut barang
Akak tahu..dia terperanjat dan mengigil.. sebab akak yang genggam tangan dia. Dia hanya mendiam diri. Dari awal dia hingga dia turun kat stesen bandaraya. Dia hanya senyap tidak seperti sebelum naik LRT tadi.

Masa nak turun...dia ucap terima kasih pada akak. Akak tepuk tangan dia.. sambil kata 'sabar lah..'Melalui air muka..hurrmmm...biarlah rahsia akak.pada suami jangan lah kan si isteri. Tolong adalah lebih afdal...betul tak?

Ok bai

1 comment: