Seminggu cuti tahun baru Cina duduk merap di rumah. Budak-budak 4 orang ni sudah jadi zombie x-box. Dari pagi sampai petang benda itu sahaja yang dia hadap. Ok hari ini kita ronda Melaka. Ronda sambil makan. Sengal 5 beranak ni.. apa lagi mencuba semua makanan yang ada lah. Mak pun terjebak jadilah 'cheat day'.
Bawa kereta penuh dengan gelak ketawa hari ini. Masing-masing memberi cadangan nak makan apa. Tau-tau dah sampai Batu Berendam... tepi jalan ramai orang. Apakah itu? Berhenti kereta.. waaa coconut shake. Mesti sedap sebab ramai orang beratur. Ini lah coconut shake yang orang selalu cerita.
Mesti banyak permintaan. Kita orang sudah cuba banyak coconut shake. Yang ini belum lagi.. sedap atau tidak belum pasti. Kena beli dulu. Ada 3 pilihan..biasa, special dan double special.
Kami ambil yang special sahaja. Nanti nak makan yang lain lagi. Kalau kenyang sangat macam mana nak makan betul tak? Di situ ada juga gerai makanan lain. Sambil minum boleh makan
Tapi akak pilih take away sahaja. Efficient dan cepat. Satu bahagian ambil oder, satu bahagian bayar, satu bahagian bagi oder.. itu akak puji lah. Tak panjang sangat beratur macam di klebang. Jalan pun tidak sesak. Kalau di klebang waktu hari cuti boleh jammed owww pasal nak beli coconut shake.
Sudah beli.. masa untuk rasa. Sentap kepala..hari panas minum benda sejuk.. semua menjerit.. aucchhh..kepala senggal..haaa..hambik korang..
Hurmmm ..komen kami boleh lah.. coconut shake batu berendam lebih sedap dari coconut shake klebang. Tapi sedap lagi coconut shake depan JKR Solok Duku, Masjid Tanah. Serius akak tak tipu. Apa pun coconut shake batu berendam korang win..sebab banyak sungguh kelapa korang boleh jual dalam sehari..syabas
Ok bai
tak pernah rasa lagi coconut shake dr mana mana pun hehe. next visit ke melaka harus cuba nih
ReplyDelete