Pagi ini hadir ke Mesyuarat Agung Sek Men Keb Ghafar Baba Ke-44. Hakim, Hanif dan Haris sekolah sini. Kita sebagai ibu bapa kena bagi sokongan kepada sekolah dalam melaksanakan program yang dijalankan oleh sekolah.
Tidak rugi sebenar kalau kita ambil tahu hal sekolah. Kadang-kadang ada ibu bapa lepas tangan tanpa mengambil tahu hal sekolah. Banyak manafaat kalau kita bekerjasama. Kita boleh berhubung rapat dengan guru-guru dan mengetahui perkembangan anak-anak di sekolah.
Pekembangan ini akan membantu kejayaan anak-anak. Secara tidak langsung meningkatkan prestasi sekolah. Jooom dengar cadangan...
Ok bai
No comments:
Post a Comment