07 August 2015

Pengalaman Meyusukan Anak


Assalamualaikum,

Anak-anak akak semua menyusa badan. yang sulung sehingga 21 bulan, kembar 13 bulan dan yang bongsu sehingga umur 4 tahun. mengaku penat sebenarnya menyusukan anak tetapi satu kepuasan kepada seorang ibu yang memang mahu menyusukan bayi mereka. Anak-anak juga lebih sihat jika kita menyusukan bayi kita. 

Pengalaman menyusukan ke empat-empat anak adalah berbeza natara satu sama lain. Ketika menyusukan yang sulung '0'. tidak tahu apa-apa sehingga mencederakan puting susu. Anak juga tidak pandai untk menyusu. Pengalaman yang menarik. melahirkan anak secara pembedahan.  Agak sukar kerana perlu menjaga tempat bedah dan menyusukan anak.  Bantuan dari suami, bidan, nurse atau saudara mara memang amat diperlukan. Contohnya ketika kita hendak bangun, duduk dan mengendung bayi ketika menyusu. Berat anak ketika lahir adalah 3.1kg. Selepas 3 bulan, berat anak adalah 9kg. Macam bawa berat 10kg beras. Sekarang sudah berusia 15 tahun..

24hb Dis 2002 , akak melahirkan anak kembar. Macam mana hendak  menyusukan bayi kembar? Kembar ini juga di lahirkan dengan pembedahan. Selepas bersalin kepala ligat berfikir macam mana hendak menyusukan mereka berdua. Walaupun penerangan telah diberikan tetapi masih sukar ketika keadaan sebenar. Bagi seorang dahulu, sebab dia yang dulu menangis. Selepas kenyang bagi lagi seorang sebab dia sudah mula menangis. Bila kedua-dua menangis kami jadi panik. Masa itu kakak yang teman di hospital. Saya letak bantal atas peha dan tundukkan sedikit badan. Bagi dulu sebelah kanan bila sudah hisap dan tenang.. bagi pula sebelah kiri. Sambil itu berdoa.. Ya allah kalau kakak tidak ada macam mana? biarlah seorang demi seorang nangis ya allah jangan kedua-dua sekali. alhamdullilah Allah permudahkan jalan tersebut. Selepas 2 bulan bayi sudah pandai mencari puting susu , barulah mudah menyusukan anak kembar. Alhamdulillah mereka membesar dengan baik. Sudah berusia 13 tahun dan sihat

Jarak antara kembar dan anak bongsu adalah 6 tahun. Melahirkan melalui pembedahan juga.  Hampir lupa macam mana hendak meyusukan bayi. Mengalami masalah yang sama seperti yang anak pertama. Puting luka. Sakit hanya Allah yang tahu.Kilang susu hendak menghassilkan susu setelah lama berhenti. Mengambil masa beberapa hari untuk elok. dia menyusu sehingga berumur 4 tahun.

Anak-anak alhamdullilah jarang demam, batuk atau selsema. Semasa menyusu, akak tidak mengambil makanan khas untuk menambahkan susu. makan seperti biasa, berpuasa, dan juga menjalankan aktiviti harian seperti biasa. dulu tempat penyusuan adalah kurang tidak seperti sekarang. oleh itu kami jarang bawa anak-anak keluar sehingga mereka pandai menghisap susu formula selepas usia setahun. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penyusuan susu hanya dieksklusifkan bagi bayi yang berumur 6 bulan pertama kelahirannya. Ini bemaksud tiada sebarang pemberian makanan tambahan kepada bayi baru lahir sehingga ia mencapai umur 6 bulan selepas kelahiran. Pemberian makanan pejal, susu formula, susu skim, susu segar dari haiwan malahan air mineral dan air minuman  pun sudah cukup menyebabkan bayi akan mengalami masalah tumbesaran, masalah komplikasi penyakit dan tanda kemerahan/ alergi boleh berlaku. Namun selepas umur bayi melebihi 6 bulan, barulah makanan tambahan seperti bubur formula, susu skim, air minuman diberikan sebagai tambahan terhadap penyusuan terus susu ibu sehingga umur bayi sampai kepada 2 tahun. Namun keadaan berlarutan bagi susuan sehingga 2 tahun adalah bergantung kepada kehendak ibu dan bayi.


Gambar dari facebook Kasihibu2u


Tujuan penyusuan dengan susu ibu dapat memberikan banyak faedah kepada kesihatan yang sangat baik sehingga ia menjangkau usia kanak-kanak. Antara kebaikannya adalah; kurangnya mendapat risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS) meningkatkan tahap kepintaran dan kecerdikan[petikan diperlukan], mengurangkan risiko seperti jangkitan telinga tegah, kesejukan, flu dan selesema, serta dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit leukemia kanak-kanak, diabetes, asma dan ekzema. Juga mengurangkan penyakit kulit, masalah gigi dan gusi. Mengurangkan risiko obesiti pada usia kanak-kanak dan dewasa, melancarkan sistem penghadaman dan obstektrik. Mengelakkan masalah kekuingan pada bayi (jaundice). Ia jga mampu mengurangkan risiko kecacatan dan keilatan bayi dan masalah pembinaan psikologi bayi.

Penyusuan bayi dengan susu ibu juga bayi buat ibu yang menyusu atau ibu yang menderma susu ibu. Ia dapat membantu ibu mengekalkan saiz dan struktur rahim dan uterus seperti sebelum mengandung. Membantu mengurangkan pendarahan post-partum termasuk menurunkan kehilangan darah nifas dan wiladah. Juga membantu menurunkan berat badan ibu dan melangsingkan badan secara sihat. Penyusuan susu ibu pada bayi dapat mengurang risiko kanser payu dara dalam kehidupan ibu.



Dua sampel susu ibu dengan isipadu 25ml. Sampel susu kiri adalah susu cair (foremilk), susu cair yang hadir dari payu dara yang penuh. Sampel susu kanan pula adalah susu pekat (hindmilk), susu krim yang agak pekat yang hadir dari payu dara yang mempunyai isipadu susu yang kurang.- sumber wikipedia



Kaedah Penyusuan yang betul


4 comments:

  1. Good infor kak zura. Saya dulu sempay menyusu my triplets sebulan ja huhu. Masa tu selalu guna teknik 'football grip' utk 2 org, yg lagi sorang terpaksa lah susu botol

    ReplyDelete
  2. saya masa anak sulung ngan kedua pun takde pendedahan sangat pasal susu ibu.. so 6 bln je diaorg nyusu.. bila anak ketiga dan byk cari ilmu, dekat 2 thn dia susu badan..

    seronok dpt susukan anak² ni..

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah saya juga menyusukan anak
    kalo kembar ni rasanya lagi mencabar...tahniah kak

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...