Editor Majalah Aroma menghubungi akak.. Dia buat cerita corner sana sini.. Dalam hati macam dah tahu apa niat dia. Akak terus tanya.. nak minta keluar majalah ker? Dia gelak dan mengia kan.. ok setelah ada persetujuan, pengambaran akan di jalankan di Bangi. Pada tarikh yang di tetapkan pengambaran selama 2 jam sahaja. sebab untuk majalah senang.. semua telah disiapkan terlebih dahulu. untuk penyediaan langkah demi langkah juga mudah. Kerana pengalaman dalam membuat buku dan juga menulis blog.
cerita pasal saya
Antara resepi yang ada
Majalah bulan julai 2015
Pengambaran untuk buku pula mengambil masa yang lama. Perlu komitmen yang tinggi dan penat. Cara untuk reka makanan juga di ambil kira untuk mencantikkan gambar dalam buku. Selepas siap pengambaran editor akan mula process mengedit, grafik dan membaik pulih mana yang kurang.
Kedua pengalaman menarik. Bila sudah ada pengalaman ini, kita boleh faham kehendak editor. Akak masih berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan. Proses membuat buku kedua ini lebih mudah.Untuk menyediakan barang-barang untuk pengambaran juga adalah singkat. Dah boleh ikut rentak editor. Editor akak pulak garang.. dia hendak sesuatu yang sempurna. Bagi akak berbaloi kena marah sebab hasilnya memuaskan. Pisstt editor tu baik hati tau.. haaaaa
Hari pertama pengambaran buku ialah gambar masakan yang telah siap.. snapp snapp snoopp.. kamerawomen.. yanti...di ikuti hari kedua.. elani..
masuk hari ketiga.ialah pengambaran bahan-bahan yang di gunakan dan sedikit cara pembuatan
hari keempatan cara pembuatan yang menyebabkan malam tidur tidak ingat dunia.. penat berlari keluar kedalam.. dan hari kelima ialah peralatan.
Making of chicken Pie
Croissant
Cara buat puff
inti pie
My book
ada juga tawaran dari syarikat penyiaran. rasanya belum sedia. ketaq pala lutut. nantilah bila dah ready kita masuk TV.. i nak kuruih sikit...hiii..
terima kasih karangkraft dan majalah aroma bagi peluang tulis buku dan keluar dalam majalah...
terima kasig juga atas sokongan anda..
No comments:
Post a Comment