07 August 2015

Mana ayah.. adik?

Assalamualaikum



Hari ini buka album lama-lama. Adik terjumpa 1 gambar abang dan abang kembar. Dia pun tanya kenapa dia tidak ada dalam gambar itu. Jawapan yang dia dapat masa itu dia belum ada lagi sebab abang dan abang kembar kecil lagi. Adik keluar masa semua sudah besar. Dia diam.

Jumpa gambar abang hakim dan ayah sahaja. Lepas itu dia tengok dekat akak. Tapi tidak tanya. Dalam hati sudah berdetik adakah dia akan tanya atau tidak? Dia jumpa ayah peluk abang kembar tepi laut. Dia cakap ' momee kenapa tidak ada gambar adik dengan ayah?' Otak akak berfikir 360 darjah untuk mendapatkan jawapan yang boleh di terima oleh budak 7 tahun.
Dia tanya lagi..'mana ayah adik?' Air mata mak dia sudah hampir keluar.. tahan sekejap. 'Ayah ada.. dia pergi kerja.. nanti dia balik dia ambil gambar dengan adik yer.' Dia diam. Abang dengar dia cakap pun rasa sedih agaknya bawa adik beli ais krim mengelak dia bertanya lagi.


Masa berpisah dengan ayah dia. Adik berusia 4 bulan. Memang tidak pernah kenal ayah dia. Kami hanya tunjuk gambar dan terangkan sedikit-sedikit. Memang tidak ada persiapan untuk menerangkan kepada dia keadaan sebenar. Walaupun dia pernah tanya mana ayah.. kami selalu tarik perhatian dia kearah lain. Dia tengok kawan-kawan dan menonton television yang ada ayah pasti sayu sahaja pandangan dia.

Dia rapat dengan abang hakim. Kalau ada perjumpaan keluarga no. 1 dia cari pakcik nuar. His bff..suami pada kakak yang tingga di Kuala Lumpur. Atau mana-mana sepupu lelaki besar yang dia boleh buat geng. Sedih memang sedih. Semua kehendak Allah. Setiap sesuatu berlaku hikmah.

Sekarang dia semakin membesar. Cabaran banyak lagi untuk membesarkan dia. Insyallah ..Allah ada untuk akak hadapi next step of his life.  Akak juga kena buat sedikit sebanyak persiapan untuk soalan yang akan keluar mana ayah adik.

1 comment:

  1. Semoga tabah hadapi cabaran hidup. Allah S.W.T sentiasa memelihara & merahmati hambanya yg tabah...

    ReplyDelete