07 August 2015

Melahirkan Empat Anak Melalui Pembedahan

Assalamualaikum



Gambar pembedahan dari google

Semua anak akak di lahirkan melalui pembedahan. Anak yang pertama perlu dibedah kerana darah tinggi . Usia kandugan ketika itu 36 minggu. Bagaimana boleh mendapat darah tinggi? Masa mengandung suka sangat makan makanan segera seperti pizza hut, dominos pizza, KFC dan McD. 
Mengandung kali kedua makan makanan segera di elakkan kerana tidak mahu melalui pembedahan sekali lagi. Tetapi setelah bertarung selama 8 jam, Doktor terpaksa bedah kerana keadaan bayi sudah lemah. Bayi kembar dan tidak cukup bulan 32 minggu. Selepas pembedahan Doktor menjelaskan untuk kelahiran ketiga akak kena menjalini pembedahan juga. Sebab tulang pinggul akak tidak buka dan risiko untuk melahirkan secara normal. Terima dengan redha..hii
Mengandung kali ketiga hanya tunggu masa untuk bersalin. Usia kandungan 37 minggu. Masa mengandung kali terakhir ini banyak komplikasi. Tekanan darah rendah dan keluar masuk hospital.


Cara pembedahan dari google

Adakah pembedahan caesarean selamat, berbanding kelahiran biasa?

Secara amnya, kaedah bersalin secara normal adalah lebih selamat berbanding pembedahan caesarean. Ini bukan sahaja untuk kehamilan sekarang, tetapi juga untuk kehamilan yang seterusnya. Kaedah bersalin normal juga lebih baik untuk kesuburan kita pada masa hadapan. Walaupun pembedahan caesarean ialah prosedur biasa, kesemua pembedahan mempunyai risikonya sendiri. Pembedahan caesarean melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis anda. Kesan parut akak di bawah perut. Panjang dalam sejengkal.  

Kesan pembedahan.. gambar dari google


Kadang-kala, pembedahan caesarean diperlukan untuk menyelamatkan nyawa si ibu atau bayi. Dalam kes seperti ini, tidak dinafikan bahawa kelahiran melalui caesarean ialah pilihan yang paling selamat. Pertama kali sebab darah tinggi. Kedua sebab bayi telah lemah sebab air ketuban telah kerana dan 8 jam bertarung dalam bilik bersalin. Dan kali ketiga atas nasihat doktor selepas pemeriksaan tulang pinggul tidak buka dan tekanan darah rendah.

Tetapi ada juga masanya di mana pilihan ini tidak begitu jelas, dan terpulang kepada kita dan doktor untuk menimbangkan risiko dan kebaikan pembedahan caesarean dalam membuat keputusan apa yang terbaik untuk kita.

Keadaan kesihatan dan gaya hidup akan mempengaruhi keputusan ini. Kita berisiko lebih tinggi mengalami komplikasi selepas caesarean jika anda:
  1. Mempunyai berat badan berlebihan atau obes;
  2. Pernah menjalani pembedahan pada bahagian perut;
  3. Mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan perhatian.

contoh parut yang ada pada akak.. gambar dari google



Jika kita telahpun melalui proses cetusan (induce), dan masih tiada perkembangan, kita atau doktor mungkin perlu memutuskan samada mahu menjalani caesarean ataupun tidak. Kaedah kelahiran cetusan boleh menjurus kepada lebih banyak intervensi oleh pasukan perubatan.

Semasa anak pertama cuba melahirkan anak secara normal dengan induce. Atas nasihat doktor akak tidak digalakkan induce kerana darah terllau tinggi yang boleh membawa sawan. 

Sesetengah intervensi, contohnya kelahiran dibantu dengan menggunakan ventous atau forceps, mempunyai risikonya sendiri. Oleh itu, kita dan doktor perlu menimbangkan risiko-risiko tersebut berbanding risiko caesarean.

Apakah risiko-risiko utama pembedahan caesarean?

1. Kesakitan

Keburukan utama pembedahan caesarean ialah kesakitan yang anda terpaksa alami selepas pembedahan. Kita mungkin akan rasa sakit pada bahagian luka pembedahan dan rasa tidak selesa pada bahagian perut selama beberapa minggu selepas pembedahan. Tetapi akak tidak mengalami kesakitan pada bahagian pembedahan cuma rasa tidak selesa.

Pengalaman rasa sakit berbeza dengan setiap kali pembedahan. Anak pertama tidak sakit langsung. Tetapi masalah timbul pada kali kedua. Sebab process kejutkan rahim menyakitkan. Akak juga mengalami lahan kepada ubat antibiotik tindak balas tersebut menyebabkan akak gatal seluruh badan selepas bersalin. Selama 2 minggu selepas bersalin akak menghadapi keadaan tersebut. Kali ketiga menyakitkan sebab darah beku tidak habis keluar. Mengambil masa lebih kurang sebulan untuk mengurangkan rasa tersebut 

Walaubagaimanpun kita akan diberi ubat penahan sakit untuk menangani kesakitan ini, tetapi ia masih akan mengganggu aktiviti seharian anda untuk beberapa ketika. 

2. Jangkitan 

Sebelum dibedah, kita akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan. Walau bagaimanapun, kira-kira lapan peratus daripada wanita yang menjalani caesarean masih mendapat jangkitan selepas pembedahan. Terdapat tiga jangkitan utama yang perlu diberi perhatian:

  • Jangkitan pada bahagian luka. Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut. Cara penjagaan pada bahagian luka ini perlu di titik berat. Akak mandi tetapi pada bahagia luka akak akan tutup supaya tidak kena air sehingga doktor membuka tampalan. Selepas di buka cara pembersihannya ialah mengunakan air suam yang di letak anti septik seperti dettol. Dengan mengunakan tuala bersih rendam kain tersebut dalam air tadi kemudian lap di bahagian luka secara perlahan. oleh kerana bahagia tersebut terselindung. Mudah di jangkiti kuman. Seeloknya kita biarkan betul-betul kering dan selalu. Air akan keluar dari luka tesebut. Selalu bersihkan dan cuci dengan anti septik 2 kali sehari. 
  • Jangkitan pada lapisan uterus (rahim). Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin atau sekiranya anda menjalani banyak pemeriksaan faraj sebelum pembedahan. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan berbau serta demam. Sesetengah orang mengalami masalah ini. Alhamdullilah akak tidak mengalaminya. 
  • Jangkitan salur kencing. Semasa pembedahan, sebatang tiub nipis atau catheter akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya. Saluran kencing juga perlu di bersihkan dengan air suam atau sedikit panas mengelak jangkitan kuman. Lampin wanita juga hendaklah selalu di tukar. Kerana kebersihan perlu di jaga di kawasan ini.


3. Darah beku

Mana-mana pembedahan meningkatkan risiko anda mengalami darah beku. Ini boleh jadi serius, bergantung kepada di mana pembekuan itu berlaku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda masalah ini termasuk:
  • batuk;
  • sesak nafas;
  • kesakitan atau bengkak pada bahagian betis.
Semasa melahirkan kali ketiga akak mengalami . Sakit dan kerana ada darah beku di dalam rahim Selepas pemeriksaan ada darah beku. Doktor cepat bertindak dengan memberi suntikan cairkan darah.


Doktor mengalakkan supaya berdiri dan berjalan-jalan secepat mungkin selepas pembedahan caesarean. Ini akan membantu peredaran darah dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku. Ketika bangun minta bantuan. Bangun secara mengiring dan pegang perut supaya kita tidak rasa ngilu. Bangun juga secara perlahan-lahan. Jangan terus terkam untuk bangun.

4. Lekatan 

Seperti juga pembedahan lain pada bahagian perut atau pelvis, caesarean berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Lekatan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami lekatan, dan jumlah ini meningkat kepada 83 peratus selepas tiga pembedahan caesarean. 

Lekatan boleh jadi menyakitkan kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman. Dalam sesetengah kes, ini boleh menyebabkan masalah kesuburan apabila ia menekan tiub falopia atau menyekatnya. 

Alhamdullilah akak tidak mengalami masalah ini

5. Pembiusan

Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan am (general anaesthetic), yang membuatkan kita tidur. Jika mengambil kaedah suntikan epidural yang akan mengebaskan perut kita. Mengikut kajian epidural lebih selamat bagi kita dan bayi berbanding pembiusan am. Walau bagaimanapun, apa-apa jenis pembiusan melibatkan sedikit risiko. Selepas menerima suntikan epidural, sesetengah wanita mengalami:

  • Sakit kepala yang teruk. Masalah ini melibatkan kira-kira satu peratus wanita.
  • Kerosakan saraf. Ini jarang berlaku dan jika ia berlaku, ia hanya berlangsung selama beberapa hari atau minggu sahaja.


Komplikasi yang serius sangat jarang, iaitu kurang daripada 1 peratus. Komplikasi serius termasuk:
  1. Kecederaan kepada pundi kencing, tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kecing, atau kepada usus besar.
  2. Kadang-kadang, dan perkara ini sangat jarang berlaku, doktor mungkin perlu menjalankan pembedahan membuang rahim (histerektomi) sebagai langkah menyelamatkan nyawa.
  3. Perlu menjalani pembedahan pada masa akan datang.


Jika kita mengalami komplikasi yang serius sewaktu pembedahan caesarean, kita mungkin perlukan pemindahan darah. Sesetengah komplikasi yang sangat jarang akibat caesarean boleh membahayakan nyawa. Walau bagaimanapun, risiko caesarean membawa kematian adalah sangat kecil, iaitu hanya satu dalam 12,000.

Selepas tiga kali menjalani pembedahan untk bersalin, doktor menasihatkan akak supaya ikat atau proses pemandulan. Kerana risiko untuk akak adalah tinggi. 

Anda boleh mendapat maklumat lebih lanjut dari Google. Ini adalah perkongsian berdasarkan pengalaman akak.

ok bai

9 comments:

  1. Bersalin cser pantang lebih ketat dr bersalin normal kan..sy baru ada anak sorang,alhamdulillah bersalin normal..

    ReplyDelete
  2. saya pun pernah merasa pembedahan masa melahirkan anak..

    ReplyDelete
  3. syukurlah...keenam-enam org anak saya dilahirkan secara normal d hospital kerajaan

    ReplyDelete
  4. saya dh rasa dua dua. bersalin czer memang kena jaga betul betul la. ambil masa nak pulih.

    ReplyDelete
  5. seram tengok gambar ni....saya baru 3 anak nak tambah 1 inshllah. 3...3 normal. alhamdulliah. semoga puan2 tabah ya berpantang czer

    ReplyDelete
  6. tak tahu mengapa saya menangis baca entry akak ni. teringat bayi di dalam kandungan. terasa takut untuk ceaser sekali lagi. emmm..

    ReplyDelete
  7. Bagi sy czer lg sng..huhu..semua cara bersalin ade pros n cons..depends pd diri sendiri cara utk jaga..even yg bersalin normal pon byk masalah n jahitan bley terbukak n berbau serta bernanah sekiranya xpandai jaga..so,it's ok kalu bersalin czer..xperlu nak risau sgt la...chilll..

    ReplyDelete
  8. YaAllah, takut pulak baca pengalaman akak.. Wahh sampai 4x pembedahan.. Betul la orang cakap, jasa ibu takkan terbalas T. T

    ReplyDelete
  9. Sy bersalin czer 2010.2012.2014 .... Now tgh merancg nk anak ke 4....semoga diizinkan Allah...

    ReplyDelete