07 August 2015

Bertemu alien di sekolah

Assamualaikum


Hanif - kiri dan haris - kanan




 Sekolah menengah kebangsaan ghafar baba telah di lawati oleh pelajar pertukaran  dari negara Jepun. Si kembar telah terlibat dalam lawatan tu sebab diaorang ambil bahasa jepun..

Dia balik rumah cerita pasal pelajar jepun yang datang ke kelas dia orang
Haris beritahu dia berjumpa dengan alien hari ini. "Momee ada alien adatng sekolah hari ini"
Mak pun tanya alien macam mana.
Dia pun jawap.."Haris tanya what is your nama.. dia jawab Osaka, Nagasaki."..
Haris merungut lagi" pelik lah dia orang .. tinggi-tinggi walaupun 13 tahun. Haris kecil.. makan apa kalau hendak tinggi macam itu?"
Akak tanya dia dia orang tanya nama awak atau tidak
Haris jawab Watasiwa Haris San..

Sah.. dia faham.. selama ini risau juga dia tidak faham dengan bahasa jepun yang dia belajar di sekolah. Sebenarnya susah juga pada peringkat permulaan ini. masih asing untuk belajar karakter bahasa. Sekurang-kurangnya dia boleh menjawab soalan yang di tanyakan.

sebelum ini Hanif dan Haris bersekolah agama dari usia 3 tahun. Dan alhamdullilah boleh menguasai bahasa arab walaupun tidak lancar. Sekarang ini ada sudah ada 3 bahasa asing dalam pengguasaan mereka. bahasa inggeris, bahasa arab dan tidak lama lagi bahasa jepun..

chiok anak momee

ok bai

No comments:

Post a Comment