10 August 2015

Keselamatan Mengunakan Eskalator

Assalamulaikum

Kejadian kanak-kanak jatuh eskalator berulang semalam. Ibu bapa seperti tidak mengambil iktibar setiap kes yang berlaku. Yang pasti eskalator adalah permainan yang menyeronokkan bagi kanak-kanak. Ibubapa perlu mengawasi anak-anak jika berada di atas eskalator. Sebagai orang dewass kita juga perlu berhati-hati. Kerana terdapat juga kes yang melibatkan orang dewasa.





Kemudahan tangga bergerak atau eskalator di bangunan bertingkat, terutamanya di pusat beli-belah, banyak membantu pergerakan orang ramai ke lokasi yang dituju.Tetapi kanak-kanak sangat suka bermain eskalator. oleh itu kita sebagai orang dewasa perlu mengawasi. kanak-kanak setiap kali menaiki eskalator. Jangan benarkan mereka duduk, bermain atau bersandar pada selusur tangga bergerak.

Jika akak dan anak-anak menaiki eskalator, akak akan sentiasa kekalkan jarak di antara kasut atau selipar dengan bahagian tangga yang sedang bergerak. Elakkan berdiri terlalu dekat dengan bahagian tepi eskalator. Setiap kali melangkah, perhatikan pakaian yang bertali atau labuh agar tidak terperangkap di antara alur eskalator. contoh kalau pakai skirt panjang tersekat di eskalator akan menyebabkan skirt kita ditarik atau tercabut.. malu owww..

Pandang ke hadapan dan pegang kuat pemegang tepi eskalator. Larang kanak-kanak daripada memegang susur tangan kerana pergerakkannya yang laju boleh mengejutkan mereka. Jangan lepaskan mereka sendirian apabila menaiki eskalator kerana kanak-kanak boleh bertindak dalam masa 5 minit tanpa kita sedari. 

Mendukung kanak-kanak kecil adalah lebih baik daripada menyuruh mereka menaiki sendiri eskalator. Lebih selamat lagi mengunakan lif sekiranya membawa kereta sorong bayi, kerusi roda, skuter elektrik, bagasi dan lain-lain kerana kemalangan boleh berlaku sekiranya menggunakan eskalator.

Semasa melangkah meninggalkan eskalator, jangan teragak-agak lantaran kelewatan boleh menyebabkan kesesakan kepada pengguna lain di belakang. Kadang-kadang kita tidak yakin untuk melangkah terutama anak-anak yang berusia dari 3 tahun hingga 7 tahun. Oleh sebab itu perlu bersedia memegang tangan mereka untuk melangkah. Berdiri di sebelah kiri dan beri ruang kepada pengguna yang sedang bergegas berjalan di sebelah kanan.




Namun di sebalik kemudahan ini, ramai yang tidak mengetahui bahawa eskalator juga mengundang bahaya yang boleh membawa maut jika tidak digunakan dengan betul.Insiden kemalangan melibatkan tangga bergerak kerap didengari, namun seringkali dipandang ringan.

Beberapa kejadian yang dilaporkan berlaku di Malaysia, bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak turut menjadi mangsa. Bulan april seornag kanak-kanak maut kerana terjatuh dari tingakt lima ketika bermain eskalator di Kuala Lumpur. Dia bermain tanpa pengawasan orang dewasa.

Kejadian minggu lepas seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun hancur apabila tersepit pada tangga eskalator di sebuah pusat membeli belah di George Town. Terbaru budak perempuan patah kaki bermain eskalator di Kota Bahru.

Kemalangan melibatkan eskalator juga tidak hanya berlaku di Malaysia. Pada 27 Julai lalu, seorang wanita di China maut apabilalantai eskalator yang dinaikinya runtuh. Walaupun berjaya menyelamatkan anaknya, namun orang ramai yang berada di situ tidak sempat membantu mangsa.

Keselamatan ketika menaiki eskalator seperti remeh tetapi perlu diberi perhatian oleh banyak pihak. supaya kejadian tidak berulang.



No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...