27 August 2017

AYAM PERCHIK SOLOK TERUBUK


AYAM PERCHIK SOLOK TERUBUK


Lama sungguh tidak bersiaran. Sibuk yang amat. Ramai hantar message Kak z dah tak tulis blog ke?Tulis tapi tengah mood malas tahap 7 petala langit. Hari ini sangat-sangat free sebab anak- anak cuti sekolah. Maka terciptalah Ayam Perchik Solok Terubuk.

Kenapa Kak Z bagi nama Ayam Perchik Solok Terubuk. Sebab Kak Z kan orang solok terubuk. Selalu kita dengar ayam perchik Lemal Pasir Mas Kelantan yang sedap teramat tu. Tapi ni versi Kak Z. Tolong jangan kecam...hii

Jom Kak Z share resepi ayam perchik ni. Kebanyakn bahan-bahan Kak Z ambil dari belakang rumah. Apa yang ada di sapur Kak Z masukkan kalau tanya anak-anak sedap tak. Wajib jawap sedap. Kalau tak sedap dia jawab bolehlah.  Lepas tu mak dia pun jawap lah betul-betul sedap ketidak..kalau tak sedap nak bagi sedap . Betul tak?



Bahan untuk ayam
Bahan A

1 ekor ayam
1 sudu besar lada hitam
5 cm kunyit hidup
Rosmery
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar minyak kelapa

Cara:-
  1. Bersihkan ayam
  2. Kisar atau tumbuk lada hitam, kunyit hidup, bawang putih dan garam
  3. Lumurkan dikeseluruhan ayam dengan rosmery dan minyak kelapa bawah-bawah kulit ayam kalau dapat supaya rasa meresap
  4. Bakar denga suhu 270c selama 1 jam 45 min atau hingga masak bergantung kepada oven masing-masing.


Ayam Yang Telah Dibakar


Bahan untuk kuah perchik:-

Bahan kisar:-

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5cm halia muda - agak besar ibu jari
3-4 biji ubi cengkur
200ml santan
2 batang serai
1 cawan air

Kisah semua bahan ini  hingga halus

Bahan lain:-

2 sudu besar cili kisar
sedikit lengkuas - ketuk sahaja
sedikit air asam jawa
1 cawan air
3 helai daun cengkur - hiris halus
3 biji buah keras - tumbuk halus
Garam secukup rasa
Gula ikut citarasa
Minyak masak untuk menumis

Cara:-
  1. Tumis cili kisar hingga garing
  2. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik bau
  3. Air campur dengan asam jawa jangan terlalu banyak boleh menyebabkan masam
  4. Biarkan mendidih dan masukkan buah keras
  5. Bila mendidih  masukkan santan, garam dan gula
  6. Biarkan sehingga santan mengeluarkan minyak dan kacau supaya tidak hanggit di dasar periuk
  7. Akhir sekali masukkan daun cengkur.

 Kak Z cadangkan bila hendak makan baru di siram dengan kuah perchik. Potong ayam mengikut citarasa korang dan makan dengan hidangan nasi panas.

Selamat mencuba

Ok bai

1 comment:

  1. Mula2 baca resipi kak zura ni kan.. ingatkan ada ikan terubuk hahaha.. lain benor namanya .. ooo nama tempat rupanya.. suka gak makan ayam percik nak2 bulan poser mmg menu wajib laaa ni..tq kak zura kongsi resipi akak utk pembaca.. nnt blh la kita rujuk sini

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...