27 August 2017

ROTI JOHN @ ROTI INTI DAGING

ROTI JOHN

Kalau tanya anak-anak hendak beli di luar atau mom yang buat Roti John ni? Pilihan mak dia yang dibuat. Alasan lagi rasa daging, kari dan perfect. Bangga weeii kalau anak-anak bagi komen gitu..

Nape pula panggil Roti John. Al pelikon Wal Ajaib bon.. mungkin sebab long John atau Mr John yang panjnag.. haiippp jangan fikir arah lain yer.. pukul kang. Kak Z ni bukan lah terror sangat masak. tapi bolehlah jadi tukang masak kalau terdesak. Mehh.. share resepi..

Bahan  A inti:- untuk 3 kali serve atau masak

500gm daging kisar Saudi atau Ramly
1 pek kecil rempah daging Adabi
1 biji bawang besar - cincang halus
3 biji bawang putih - cincang halus
50ml air
Garam secukup rasa
1/2 sudu besar gula
Daun kari
Minyak untuk menumis

Cara:-
  1. Tumiskan daun kari, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau
  2. Masuk rempah daging dan kacau sebentar - jangan biarkan takut hanggit dan pahit
  3. Masukkan air dan daging
  4. Masak hingga daging sedikit garing
  5. Masukkan garam dan gula
  6. Angkat dan tapis untuk asingkan minyak

Bahan B

10 biji hotdong atau boleh juga guna roti untuk roti john
6 biji telur
sedikit garam
marjerin untuk mengoreng
Mayo
Cili sos

Cara:-
  1. Bancuh telur, daging dan garam
  2. Roti di belah dua
  3. Panaskan kuali leper  dengan api sederhana dan letakkan dua sudu besar marjerin
  4. Tuangkan 2 senduk bancuhan tadi atau kuali
  5. Dan takup atau lapiskan roti
  6. Balikkan dan biarkan hingga masak
  7. Angkat dan letak mayo dan sos
Senangkan resepi Kak Z. Bulan puasa compom habis sekali hadap. Pasti ada tanya kenapa Kak z guna roti hotdog. 1. sebab kuali leper Kak Z kecil.  2. Senang anak-anak hendak makan. Seklai makan 1 roti tu. Kalau korang ada kuali besar boleh aje guna roti john yang panjang tu tidak ada masalah. Resepi ini untuk 3 kali serving. Terpulang pada korang  untuk berapa kali buat. Menjimatkan kalau buat sendiri. Macam Kak Z anak ramai kenalah buat sendiri. Jika tidak kopak weiii..

Selamat mencuba

ok bai






2 comments:

  1. Tq kak zura.. nnt nak buat utk anak anak jugak laaa.. anak2 suka sangat laa kalau bab2 roti ..

    ReplyDelete