27 August 2017

TAUHU APONG INTI DAGING



Tauhu ada macam-macam jenis. Dalam resepi ni Kak Z guna tauhu pong. Tauhu pong banyak di jual di supermarket. Kak Z beli di Tesco. Kalau beli di tempat lain macam cuak sikit. Di Tesco kita tahu barang-barang yang dijaul ada sijil halal dan di jamin kebersihannya.

Tauhu apong teksturnya padat dan banyak ruang angin dalam tauhu tu besar. Ciri khasnya ketika digoreng kering, maka bagian dalamnya akan terdapat rongga dan kulitnya akan kecoklatan dan garing.

Anak-anak semua suka makan tauhu. Jadi Kak Z tidak ada masalah kalau menghidangkan pelbagai jenis tauhu kepada mereka. Tauhu elok untuk otak anak-anak sama seperti tempe. Cara penyedia Tauhu Apong Inti Daging ni mudah. Kak Z tidak ambil masa yang lama untuk menyediakan. Mehh Kak Z share resepi.

Bahan Tauhu:-

20 ketul tauhu apong
Minyak untuk goreng
brokoli untuk hiasan

Cara:-

  1. Panaskan minyak
  2. Goreng tauhu hingga garing..
  3. Celur brokoli dengan secubit garam
  4. Ketepikan dua bahan ini biarkan sejuk

Bahan Inti:-

250gm daging kisar
1/4 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
minyak untuk menumis

Cara:-

  1. Cincang halus bawang putih
  2. Tumis bawang putih sampai naik bau
  3. Masukkan daging dan goreng sampai garing
  4. Masukkan garam.
  5. Angkat dan tapiskan daging untuk asing minyak
Buatkan lubang ditengah-tengah tauhu. Kemudian isikan dengan isi daging tadi. Hiasakan dengan brokoli. Tauhu Apong initi daging ini sedap dimakan dnega cili sos

Selamat mencuba

Ok bai




1 comment:

  1. Kat rumah saya kan kak zura semua tak suka tauhu.. kecuali saya.. mmg suka sangat laa tauhu nak2 tauhu bakar johor ..

    ReplyDelete