28 August 2017

BISKUT SEMPERIT YANG LARIS


BISKUT SEMPERIT

Bila hari ray asibuk buka buku resepi. Bila buat tak sedap tong sampah yang kenyang. Pastinya menyumpah sampai tak sudah. Kalau beli ya rabbi mahal. nak makan 4 orang tu. sekali hadap sebotol. Kenalah buat sendiri. Berbotol-botol mak ko buat.. makan sampai hijou. Lepas tu senyap smpai tahun depan dia minta. Mom nak biskut semperit please. Jadi mak diaorang kena lah tulis dalam blog ni supaya senang nak rujuk. 

Resepi yang akak guna ialah dari  http://www.tiffinbiru.com/2015/07/biskut-raya-6-biskut-semperit-cinta.html. Memang puas hati. Mat Gebu dah biasa buat menguna resepi ni. Insyallah akan menjadi. Bahan yang digunakan pun mudah. Ada sedikit pengolahan dari akak mengikut kesesuaian diri.Korang boleh mencuba teknik dari Tiffin Biru atau olahan Kak Z. Joom kita buat..

Bahan: -

250 gram mentega - Anchor
1 kuning telur
150 gram gula aising (che mat guna 130 gram)
250 gram tepung gandum yang di sangai dalam oven selama 20 minit 
150 gram tepung kastard 
30 gram tepung jagung
1 camca teh esen vanilla

Cara:- 
  1. Panaskan oven pada suhu 170C.
  2. Dulang pembakar di sapu shortening
  3. Putar mentega dan gula aising hingga sebati
  4. Masukkan kuning telur dan putar rata dan jangan sampai kembang. Jika terllau kembang nanti biskut akan mengembang
  5. Campurkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung dan ayak.
  6. Dengan kelajuan perlahan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. 
  7. Masukkan dalam acuan semperit dan tekan atas dulang pembakar. 
  8. Buat kurang lebih 2 inci panjang, pastikan anda jarakkan, buat hingga siap dan hias dengan sebiji hiasan bentuk love atas setiap biskut.
  9. Bakar selama 15 - 20 minit atas hingga masak, biarkan sekejap atas dulang pembakar untuk 3 - 4 minit, boleh dialihkan atas jaringan dan biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
P/s - Mat akak guna ayat awak. minta maaf yer..sebab malas nak taip..hii

Di bawah adalah resepi asal dari blog Tiffin Biru yang korang boleh cuba. Terima kasih Adnan Ibrahim atas resepi ini. Sedap yang amat 

BAHAN - BAHANNYA :-)
250 gram mentega (che mat guna jenama emborg)
1 kuning telur
150 gram gula aising (che mat guna 130 gram)
250 gram tepung red rose (che mat guna tepung gandum)
150 gram tepung kastard (che mat guna Bird Custard)
30 gram tepung jagung
1 camca teh esen vanilla
Hiasan bentuk cinta, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan dulang pembakar, che mat tak sapu apa2 pada dulang pembakar, tapi anda boleh saja nak sapu dengan sedikit mentega atau alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan putar rata, jangan sampai kembang. Sementara itu satukan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung, gaul rata dan ayak.
  3. Perlahankan kelajuan mesin, dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Masukkan dalam acuan semperit dan tekan atas dulang pembakar. Buat kurang lebih 2 inci panjang, pastikan anda jarakkan, buat hingga siap dan hias dengan sebiji hiasan bentuk love atas setiap biskut.
  4. Bakar selama 15 - 20 minit atas hingga masak, biarkan sekejap atas dulang pembakar untuk 3 - 4 minit, boleh dialihkan atas jaringan dan biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...Selamat mencuba!
ok bai

No comments:

Post a Comment