27 August 2017

KUIH CARA PANDAN INTI GULA


KUIH CARA PANDAN INTI GULA


Kuih cara pandan kalau kena caranya sedap, bau pandan dan lembut. Kalau tidak betul caranya frust menonggeng. Selalu beli di luar tidak dapat memenuhi citarasa tekak Kak Z. memang jarang beli kuih ni. Kak Z akan buat terutama di bulan puasa atau masa anak-anak cuti sekolah. Kalau buat satu aduanan boleh dapat dalam 30 tangkup. Jadi sila makan sampai kenyang.

Proses penyedia kuih ini lebih kurang satu jam. Kak Z dah biasa dalam 30 minit siap. Sebab kena tahu suhu masak memasak kuih ini. waktu sesuai letak gula supaya gula tidak tertumpah atau pecah di bahagian bawah.

Resepi ini Kak Z belajar dari Auntie Hasma Nor. Nama sama dengan Chef Hasma Nor. Tapi orang lain. Satu duduk Taman TAR lagi sorang tinggal di Puchong. Joom kita kedapur dan buat

Bahan:-

300ml santan
700ml air pandan = 10 helai daun pandan dan kisar dengan air
500gm tepung
1/4 sudu teh garam halus
1 biji telur
secubit gula
sedikit pewarna hijau
3 sudu besar susu tepung

Cara:-
  1. Bancuh semua bahan ini.
  2. Kisar supaya tepung menjadi halusiTapis dan biarkan selama 30 minit
Bahan inti

Gula pasir secukupnya

Cara
  1. Panaskan takung atau acuan kuih cara 
  2. Oleskan dengan minyak
  3. Bila sudah cukup panas isikan acuan dengan tepung 
  4. Isi sekadar 3/4 acuan
  5. Mengunakan sudu teh yang kecil isikan gula ikut citarasa masing-masing
  6. api perlu perlahan supaya kuih masak rata dan tidak cepat hangit
  7. Tutup acuan dan biarkan masak antara 5-8 minit

Bagaimana kita hendak memastikan kuih kita sudah masak ialah mengunakan hujung pisau yang kecil kira korek kuih dari acuan. jika mudah di korek dan berwarna kekuningan sedikit maknanya kuih sudah masak.

Rasa lemak dan bau pandan menyebabkan kuih ini selalu menjadi pilihan. Kak Z pernah buat kuih ini hingga 2000 biji sekali buat tempahan untuk majlis perkahwinan. Kak Z mengunakan resepi ini dan teknik yang sama. Oleh itu selamat mencuba

Ok bai



1 comment:

  1. Kat rumah lya..sarangnya ada tapi tak penah buat hahahaha.. nampak cam rumit tapi senang jer kan..kalau nak makan biasa beki jer.. rtu beli dapat pulak yg takde gula kat dalam tu .. spoil mood btol laa

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...