16 December 2016

LAKSA IKAN SARDINE YANG SEDAP




Anak-anak Kak Z suka makan Laksa ikan sardine sebab lemak sedikit dari laksa guna ikan segar. Kak Z guna ikan sardine dalam tin. Kak Z guna jenama Ayam brand.

Sekarang ini musim hujan. Bunga kantan kat rumah Kak Z galak sungguh mengeluarkan bunga.. geram tengok dia mengembang. Kalau beli di pasar atau supermarket sebatang cecah harga RM2.50 sebatang. Daun kesum pun banyak. Masak asam pedas pun sudah. Jadi otak belegar-legar hendak makan benda lain. Ternampak ikan sardine . Apa lagi melaksalah kami

Jom Kak Z share buat Laksa ikan sardine

Resepi

Bahan:-
1 pek laksa.. rendam
1 tin ikan  sardine jenama ayam brand
2 biji bawang besar kisar
3 sudu besar cili boh
1L air
Bunga kantan
Daun kesum
6 Asam keping
Garam
Gula

Cara:-
1. Rebus laksa hingga lembut dan tapis air
2. Ramas ikan sardine hingga hancur
3. Campurkan ikan sardine, cili boh dan bawang
4. Masak dengan air dan asam keping
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa
6. Masukkan bunga kantan dan daum kesum
7. Biarkan hingga mendidih dan nampak pekat
8. Kalau kurang masam boleh tambah asam keping

Nota:-
1. kemasaman asam keping bergantung kepada jenis asam keping yang kita beli. Jadi anda mungkin boleh tambah atau kurang bagi mendapatkan masam yang anda suka.

2. penyedap laksa ialah belacan. Kak Z tidak mengunakan belacan sebab anak-anak Kak Z alah kepada belacan dan seangkatan belacan. jadi Korang boleh letak belacan besar ibu jari. Ferrrhhh guwa tahu memang tahu sedap.

Korang boleh cuba resepi ini. Ringkas dan sedap. Kalau adik-adik duduk di asrama juga boleh cuba. Mee laksa boleh juga beli yang telah siap tanpa rebus. Korang hanya basuh dan celur dengan air panas. Macam jenis mee laksa dalam pasaran. Kak z guna mee laksa cap harimau..hii.
Akak kan anak rimau..sudah tentu suka rimau

Selamat mencuba
Ok bai

No comments:

Post a Comment