16 December 2016

PULUT PANGGANG JUADAH MINUM PETANG



Pulut Panggang mestilah sedap kalau inti cukup rasa manis, masin, lemak dan pedas. Kak Z belajar dari kawan Kak Z. Dia kalau buat beribu biji. Bukan beratus tapi beribu. Kak Z buat yang 15 biji ni pun macam nak patah pinggang. Maknanya mak dah tua nak. Sebab ada permintaan buat lah untuk lepaskan rasa anak tekak. Kalau korang suruh Kak Z buat lagi..ampun beribu ampun..omak tak sanggup.

Meh sini Kak Z ajar macam mana hendak buat pulut panggang. Jadi korang buat sendiri. Senang jer..hii. Rasa malas ko beli jer kat kedai jual kuih. Kalau masa Kak Z duduk Sungai Petani orang panggil pulut panggang ni pulut udang. Yang paling sedap Kak Z beli ialah dekat makcik yang jual ni kedai kat simpang Sungai Pasir - Bukit Apit.. alaaa.. jalan hendak pergi Tikam Batu dari Bukit Kechik. Di ajual 5pcs RM2.00. Murahkan? Tapi itu 2 tahun lepas masa masih di Sungai Petani. Hari ini mungkin harga sudah berubah. Kak Z rasa di Kuala Lumpur mungkin harga RM80-RM1.00.

Hendak membuat pulut panggang ini perlu melalui banyak peringkat. Buat inti, masak pulut, pembungkusan dan memanggang pulut tersebut. Cost juga meningkat, sebab harga barang mentah juga sudah naik. Korang cuba buat mesti korang setuju dengan tulisan kak Z ni.

Kak Z tidak mengunakan udang kerig sebab anak-anak alah kepada udang kering dan belacan. Jadi Kak Z tukar kepada ikan bilis. rasanya sama. Cuma udang kering boleh bikin hidug gatal. Ikan bilis tidak. Dah jom buat

Inti:-

Bahan: - 

1 biji kelapa tua parut
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
50 gm ikan bilis
2 sudu besar cilih boh
1/4  sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak 

Cara:- 

1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus
2. Masukkan ikan bilis jangan kisar terlalu halus
3. Panaskan minyak untuk menumis
4. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau
5. Masukkan cilih boh hingga garing
6. Masukkan serbuk kunyit dan kacau
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
8. Masukkan kelapa dan masak hingga sedikit garinng. Jangan terlalu garing biar lembap sedikit.
9. Biarkan sejuk.

Jom Buat pulut

Bahan untuk pulut

300gm pulut susu
100ml santan
50 ml air
sedikit garam

cara:-
1. Rendam pulut 3 jam
2. Toskan 
3. Tanakkan dengan santan dan air
4. Masukkan garam
5. Api biar kecil supaya pulut tidak hangit di bahagian bawah.
6. Jangan lupa kacau
7. Biarkan pulut masak dengan tutup periuk.
8. Lebih Kurang 20 minit pulut akan masak.
9. Biarkan sejuk


Cara membungkus

bahan:-

Daun pisang secukupnya. 

Cara:-
1. Layukan daun pisang atas api
2. Potong ikut saiz 6 x 6 inci


Ikut cara bawah:-


Letak Pulut atas daun pisang.. pastikan tangan korang berair supaya pulut tidak melekat pada tangan


Letakkan inti atas pulut


Tutup inti dengan pulut


lepas tu korang bulatkan bentuk silinder dan Kak Z guna stapler untuk tutup hujung pulut. Ada ynag mengunakan lidi. Tak de lidi dik..mana nak cari pokok kelapa dah melangit. Jadi cara mudah guna stapler


Kak Z bakar atas hot plate. letak sedikit minyak masak. Macam mengoreng sedikit. Api kecil yer. Kalau tidak hangus. Masak sampai daun pisang tukar coklat. Baru lah dalam tu garing


Selamat mencuba

ok bai

No comments:

Post a Comment