16 December 2016

MERANCANG PERCUTIAN JADI MUDAH DENGAN TRAVELOKA




Setiap kali cuti sekolah  mesti rasa macam nak pergi bercuti kan? Tak kiralah sama ada bercuti di dalam mahupun di luar negara. Lebih-lebih lagi bila hujung tahun macam ni. Dalam pemikiran mesti terbayang-bayang tempat percutian yang best-best. Anak-anak Kak Z selalu tanya cuti sekolah kita hendak bercuti kemana. Tapi apa yang selalu menjadi masalahnya bila Kak Z sendiri tak tahu nak pergi bercuti kemana, tak tahu nak plan macam mana dan tak ada idea macam mana nak mulakan perancangan. Bagi yang sudah ada perancangan untuk bercuti pula mesti tengah pening nak memikirkan tempat penginapan semua. Alahai, semakin stress laa pula jadinya kan? Haha. Tapi tak apa, tak perlu risau sebab setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.

PERCUTIAN KE LEGOLAND


Nak tahu cara paling mudah untuk mencari tempat percutian? Meh sini Kak Z share dengan korang. Haaa, masing-masing ada smartphone kan? Jadi, apa kata korang download Traveloka App untuk memudahkan korang membuat tempahan mana-mana hotel dan penerbangan yang korang mahu. Adanya aplikasi ni, korang boleh menggunakan TravelokaQuick untuk menempah, membayar dan mendapatkan e-tiket atau baucar hotel korang dalam masa yang sangat singkat. Memang menjimatkan masa! Tambahan lagi, korang tidak perlu cetak e-tiket atau baucer hotel tersebut. Hanya perlu tunjukkan pada aplikasi korang bila korang daftar masuk dan korang juga boleh mengakses e-tiket atau baucer tersebut pada bila-bila masa walaupun korang tak ada internet. Haa, senang kan? Betul tak?

DALAM FLIGHT  AIRASIA KE PENANG
Untuk pengetahuan korang, dekat Traveloka ni ada banyak pilihan untuk menempah lebih 100 hotel di Malaysia, Indonesia, Singapore dan serata dunia dari hotel bajet hingga hotel 5 bintang. Jadi, korang boleh pilih mengikut kemampuan atau bajet percutian korang. Korang juga tak perlu dah pening-pening nak compare kan dengan hotel lain satu persatu sebabnya website ni dah filter and soft siap-siap untuk korang. Nak fikir apa lagi? Dah ada cara yang senang kan. So kita take a chance laa. Inilah masanya untuk korang alami ciri hebat dengan hanya di hujung jari korang pada bila-bila masa dan di mana jua. Acewah! Nak godek-godek aplikasi ni sambil tengah makan pun tak ada masalah tau.

DALAM BUGGY DI LEXIS HIBISCUS

Agak-agak kalau korang malas nak memandu bila pergi bercuti, boleh juga tempah sekali dengan tiket flight. Harganya juga sangat berpatutan dan siap ada promosi potongan harga lagi. Korang boleh terbang menerusi lebih 100 laluan penerbangan yang disediakan oleh pelbagai syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa antaranya adalah seperti MAS, Air Asia, Citilink, Malindo Air dan banyak lagi. Bagi korang yang memang seorang traveller sangat sesuailah dengan aplikasi ni sebabnya mudah untuk korang nak check promosi atau tawaran harga yang diadakan serta boleh menikmati penjimatan yang hebat. Dan yang paling best, no hidden charges. Berapa harga yang korang nampak itulah yang korang perlu bayar.
 
PENANG INTERNATIONAL AIRPORT
Percutian seterusnya, Kak Z rancang nak pergi ke Pantai Cenang, Langkawi sebab katanya pantai ni sangat happening untuk bersantai bersama keluarga dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan lebih-lebih lagi aktiviti sukan air seperti parasailing, jet ski, banana boat dan lain-lain lagi. Kawan-kawan Kak Z kata di pantai ni juga bukan setakat waktu siang saja yang riuh, malah waktu malam pun riuh juga. Banyak kedai-kedai di tepi jalan yang menjual macam-macam benda, makanan, cenderahati, pakaian, barang hiasan dan yang paling best, harga semuanya murah-murah saja. Tempat percutian yang bebas cukai kan memanglah murah sebab tulah tak sabar rasanya nak pergi bercuti ke sana. Hihi.
RAMADA PLAZA HOTEL MELAKA
 Bila dah ada destinasi percutian ni, Kak Z dengan serta-mertanya terus buka Traveloka untuk pilih hotel dan penerbangan mana yang sesuai dengan bajet Kak Z. Sejak ada Traveloka Android/IOS App Kak Z memang lebih suka survey dan tempah dengan aplikasi ni sebab sambil bercuti sambil kita dapat ganjaran. Aish, takkanlah korang tak suka kalau dapat ganjaran kan? Okay korang cepat-cepat pilih destinasi percutian korang pula dengan menggunakan aplikasi ni. Tak payah buka laptop atau komputer pun dah boleh buat tempahan. Jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama, promosi semua dikebas orang. Haha. Have fun korang!

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...