13 December 2016

KUIH KASWI PANDAN EARTHQUAKE


KUIH KASWI PANDAN


Kuih kaswi ada orang panggil Kuih Kesui tapi sama jer. Tapi adik panggil kuih bulu-bulu. Masa mula-mula dia minta kuih ni puas lah mak dia memikirkan apa lah kuih bulu-bulu. Dia pun explain. Kuih selalu beli di kedai nenek warna coklat. Baru mak dia ingat kuih kaswi.

Mak dia pun belajar lah macam mana hendak buat kuih ini. Banyak resepi yang di temui dari blog dan FB. Akak suka resepi yang ini. Mudah dan cepat. Kak Z dapat dari perkongsian di FB. Terima kasih Reen Khan. Cuma akak tukar dari gula merah ke Kaswi Pandan.

Kadang-kadang di rumah tidak ada gula merah. Daun pandan memang banyak. Kak Z try and error jer. Alhamdullilah kejadian yang marvelous. Termasuk ini sudah 4 kali Kak Z buat kuih ini. Sebab permintan ada dan setiap kali buat mesti habis. Resepi yang Kak Z tulis ini telah di ubah suai untuk resepi Kaswi Pandan. Di bahagian bawah Kak Z kekal resepi asal. Korang boleh cuba kedua-dua sekali.

KASWI PANDAN EARTHQUAKE

1 1/3 cawan tepung gandum

1 1/3 cawan tepung ubi

10 helai daun pandan
5 cawan air
1 3/4 cawan gula pasir

secubit garam
Sedikit pewarna hijau

1 sudu teh kapur

1 biji kelapa parut putih untuk salut + secubit garam


Cara:-
1. Kisar daun pandan dengan 5 cawan air dan ambil pati
2. Bancuh semua bahan kecuali kelapa dengan air pati pandan
3. Kisah supaya halus dan tapis
4. Masukkaan kedalam loyang 8 x 8 inci yang telah di sapukan minyak
5. Biarkan dalam 30 minit
6.Panaskan kukus
7. Kukus selamat 45 minit dengan api sederhana
8. Biarkan sejuk baru potong
9. Gaulkan dengan kelapa.

Selamat mencuba
Resepi Asal dari FB Reen Khan
KESUI GOYANG
1 1/3 tpng gandum 1 1/3 tpng ubi 5 cwn air 1 cwn gula pasir 1 cwn gula merah Sedikit kicap pekat mnis(warna lg cntik Daun pndan 1 sudu teh kapur
Cara2 Msak kn gula psir dan gula merah bersma air...buh kn daun.pndan Lepas suam msuk kn tepung tdi bersma sedikit kapur...guna whisk or blend pon bole Tapis kn ke dlm loyang yg di sapu minyk Kukus dlm 25 minit Siappp Dh sejuk gaul kn bersama kelapa putih

ok bai

No comments:

Post a Comment