13 December 2016

CUCUR BADAK KG SOLOK TERUBUK



Petang dan sejuk mengarah kepada perut lapar. Betul tak? Musim cuti sekolah permintaan untuk makan adalah tinggi. Pastinya mak-mak yang tidak berkerja sibuk di dapur untuk menyediakan makanan sepanjang hari. Kak Z pun sama lah. 4 anak lelaki semua asyik lapar. tapi paling kuat lapar ialah si adik. Sekejap dia masak sausage.. lepas tu dia masak maggi lepas tu dia masak roti canai segera. Nasi lemak sebungkus, Makan tengahari kari ayam masih tidak kenyang lagi ker budak ni. 

Bila masuk dapur Ya Allah habis dapur mak  ko kerjakan.  Yang dia tidak pandai kemas lagi. yang abang-abang dah pandai. Palingtakut dia buka dapur ga. Sib baik tak terbakar jambul. Dah lah jambul ambil bapak ko. Adik oh adik..Tidak boleh jadi kena buat extra makanan. Maka terjadilah kuih Cucur badak ini.

Kak Z cukup bahan mesti jadi apa-apa lah. Contoh keledek tepung dan kelapa tua parut ada boleh buat cucur badak. Caranya senang . Jom  kak z ajar

Resepi Cucur Badak

Inti Cucur Badak:-

1 biji kelapa tua parut
50gm ikan bilis
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar cili boh/ secukup rasa
2 sudu besar gula pasir / secukup rasa
20ml air
Minyak untuk tumis

Cara:-
1. Kisar bawang putih, bawang besar dan ikan bilis
2. Tumis sehingga naik bau dan masukkan cili boh 
3. Biarkan cili sedikit garing dan masukkan serbuk kunyit
4. Masukkan Kelapa parut, air, garam dan gula
5. Masak hingga agak kering dan jangan terlalu kering
6. biarkan sejuk

Bahan Doh:-

500gm ubi keledek putih
100gm tepung ubi
50gm tepung gandum
secubit garam

Cara:-

1. Ubi keledek pilih yang kecil cepat empok
2. Buang kulit dan rebus
3. Rebus jangan terlalu lama agak dah empok angkat dan tapis air
4. Lenyek kan ubi tadi dan biarkan sejuk sedikit..
5. masukkan tepung ubi, gandum dan garam
6. Uli hingga rata... jangan tambah tepung kalau lembik biarkan sebentar dia akan keras
7. kepalkan bulat-bulat dan leperkan untuk masukkan inti 
8. Goreng dengan api perlahan dan minyak tidak terlalu panas
9. Pusingkan perlahan supaya tidak hancus
10. Goreng hingga coklat dan garing
11. Angkat dan tapis minyak

Kalau beli sekarang sekeping 40-50 sen. Anak kuat makan Kak Z tidak cukup kalau beli sedikit. Kesimpulannya buat sendiri dapat banyak dan puas makan. Kak Z tidak goreng semua. Sebab Adunan yang Kak Z boleh dapat 40 pcs. So Korang boleh frozen kan separuh. Nanti boleh masak lagi

Selamat mencuba

Ok bai



No comments:

Post a Comment