12 December 2016

CUCUR UDANG ENO



Cucur Udang Eno? Kenapa panggil cucur udang eno. Sebab resepi dia mengunakan Eno, tidak mengunakan yis atau serbuk penaik. Resepi ini Kak Z belajar dari jiran Kak Z di Kampung Pandan Kuala Lumpur. Keistimewaan Cucur udang ini tidak berapa berminyak didalamnya selepas di goreng. Kalau mengunakan soda bikarbonate, baking powder atau yis dalamnya pasti berminyak. Makan sebiji sudah menjadikan kita jemu, mual atau muak. Betul tak? Tapi jika mengunakan resepi ini tidak 3 biji seorang. Percaya lah cakap Kak Z ni. Korang boleh cuba senang jer. Lepas tu cicih dengan sos thai..perrhhh.. tak cukuop seketul dik..jom buat

Resepi:-

Bahan:-

10 ekor udang  saiz M atau L (ikut suka) - buang hujung yang tajam
250gm tepung gandum
1/4 sudu teh garam halus
sedikit perwarna kuning atau serbuk kunyit
1/2 biji bawang besar - di hiris
sedikit taugeh - ikut suka dan buang urat taugeh
sedikit kuchai - ikut suka dan potong
air
1 pek eno biru
Minyak mengoreng

Cara:-
1. Gaulkan tepung, garam halus, pewarna, bawang, taugeh dan kuchai dengan air. 
2. Adunan adalah seperti jemput- jemput atau kodok pisang
3. Taburkan Eno atas aduan biarkan eno berbuih
4. Kemudian gaul  rata.
5. Biarkan selama 30 min untuk kembang
6. Panaskan minyak dalam kuali, minyak perlu banyak sebab deepfry
7. Jalan hendak membentuk bulat macam Kak Z buat gunakan senduk
8. Panaskan senduk dalam minyak panas dan selepas panas biarkan api sederhana
9.  Angkat dan isi minyak sedikit dalam senduk
10. Isikan adunan dalam senduk sebanyak 1/2 senduk
11. Letak udang atas adunan
12. Goreng dalam minyak 
13. Biarkan agak 30 saat, aduanan akan tanggal dari senduk
14. Terus terbalikkan supaya udang tidak meletop
15.Goreng hingga kekuningan




Senduk

Kak Z mengunakan senduk yang asa bertangkai kayu. Kalau besi, panas sebab kita akan celupkan senduk kedalam minyak panas. Dulu Kak Z ada kedai, setiap hari Kak Z menjual cucur udang. Cara ini Kak Z share dengan korang. Masukkan senduk ini dalam minyak panas. Bila sudah panas ambil sedikit minyak panas dan isikan dengan adunan tepung tadi.Tujuan memanaskan senduk dan isi minyak supaya adunan tidak melekat pada senduk dan mudah di tanggalkan. Korang suka makan cucur udnag beli 2 atau 3. senang hendak mengoreng dengan banyak

Image result for eno
ENO Biru


Hanya Eno Biru sahaja di gunakan untuk membuat cucur udang Eno. Kalau pakai Eno berperisa, kang suami korang tanya "nape cucur udang ayang rasa halia". Jangan kata resepi Kak Z guna Eno. Baca betul-betul Eno Biru.. bukan halia, citrus, atau oren. Faham..? ENO BIRU.

Petua:-
1. Udang mesti meletop. Kalau korang takut muka kena percikan minyak dari udang pakai lah helmet full face. Tangan guna lengan tangan panjang. Anak-anak dara takut saham jatuh kalau berparut dek non. 
2. Cuba 250gm tepung gandum dulu. Bila dah berjaya baru buat adunan lebih. Practice Make perfect. Kak Z cuba berulang kali baru dapat bentuk yang cantik.

Itu sahaja

Ok bai




No comments:

Post a Comment