06 August 2016

NASI AYAM HAINAN RAMADA PLAZA



Nasi ayam ada banyak jenis. Nasi ayam madu, nasi ayam berempah dan perkongsian hari ini ialah Nasi Ayam Hainan Ramada Plaza. Resepi ini adalah Signature Dish Chef Mozart.  Sedap Nasi Ayam ini. Proses memasak memang lama dan bahan mentah juga banyak. Tapi bila kita sudah rasa, pasti akan buat lagi. Anak Kak Z suka bila mummy dia mencuba resepi ini. Pasti komen yang dapat ' Nanti buat lagi ye mom.. sebab sedap'. Kalau komen itu yang keluar pasti esok buat lagi. Sebab berbunga hati mak kalau anak puji.

Resepi : Chef Mozart Muhammad
Lokasi:  Zest Restaurant, Ramada Plaza Melaka
Gambar: Kak Z


NASI AYAM HAINAN RAMADA PLAZA  

Resepi : 5 – 6 orang

Bahan – Bahan Untuk Ayam
1 ekor ayam
3 biji bawang putih dicincang halus atau dicampur
1/2 buku halia saiz sederhana (dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi
Sedikit garam

Bahan-Bahan untuk Nasi Ayam Hainan
3 mug beras 
4½ mug air
2 inci halia (diketuk)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar majerin
3 ketul kuib ayam
2 helai daun pandan

Bahan-Bahan untuk Sambal
10 biji cili merah dikisar
10 biji limau kasturi di perah
2 biji bawang putih kisar
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka makan
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan untuk Kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula

Bahan-Bahan untuk Sup
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
Lobak merah
1 sup bunjut
Secubit garam

Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan
1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Salad (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) Minyak bijan (ditabur ke atas ayam yang telah dipotong)


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Hainan
1. Masakkan air sebanyak 4½ mug bersama dengan 3 kuib ayam.
2. Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.
3. Panaskan periuk dan cairkan majerin.
4. Masukkan bawang putih dan halia.
5. Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit.
6. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
7. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi.
8. Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak.
9. Leraikan dengan garfu setelah nasi masak.

Cara-Cara untuk Menyediakan Ayam Hainan
1. Mula-mula letaklan seekor ayam dalam periuk dan masukkan air.
2. Biarkan ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia.
3. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan kiub pati ayam, rebus ayam sehingga masak lebih kurang 1/2 jam.
4. Angkat ayam dan ketepikan dahulu.
5. Selepas itu, bakarkan ayam tersebut dalam ketuhar sekejap lagi sehingga masak.
6. Potongkan ayam tersebut semasa ingin makan dengan nasi.
7. Letakkan sedikit kicap cair dan renjiskan sedikit minyak bijan di atas ayam tersebut.
8. Jangan membuangkan baki air ayam sebab boleh digunakan untuk memasak sup.

Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal
1. Kisarkan semua bahan.
2. Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk digunakan.

Cara-Cara untuk Menyediakan Kicap
1. Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih.
Tips: Letakkan serbuk limau nipis dapat memberikan rasa limau yang segar kepada sos cili. Sos cili tersebut tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk. Batang ketumbar akan memberikan aroma yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna hijau.

Cara-Cara untuk Menyediakan Sup Ayam
 1. Masakkan sup ayam di dalam periuk lain sehingga mendidih.
2. Masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi.
3. letakkan garam secukup rasa
4. Akhir sekali masukkan pula daun sup dan tutupkan api.

Selamat mencuba

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...