05 August 2016

IKAN ASSAM PEDAS CHEF MOZART

Lauk Assam Pedas memang terkenal di negeri Melaka.Perkongsian resepi ini adalah dar Chef Mozart Muhammad dari Ramada Plaza Melaka. Resepi ini antara signature dish beliau. Resepi yang mudah untuk di cuba oleh anda semua. Kalau hendak rasa masakan Chef Mozart boleh datang ke Zest Restaurant, Ramada Plaza Melaka.


IKAN ASSAM PEDAS CHEF MOZART

 Resepi oleh : Chef Mozart Mohummad
 Lokasi: Zest, Ramada Plaza Melaka
 Resepi : 4 orang

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 potongan isi ikan pari 600 gram, cuci bersih dan toskan
10 batang bendi
1 batang terung
1 biji tomato belah 6
3/4 camca besar pes asam jawa
2 senduk penuh cili kisar
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

 BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1/2 camca besar lada hitam biji
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air  (anggarn 3 cawan). Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan bunga kantan, dan ikan. Kemudian tambah bendi, terung dan jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak hingga bendi lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan belahan tomato. 


No comments:

Post a Comment