06 August 2016

Maybelline BB Cushion Foundation


Maybelline BB Cushion Foundation


Kak Z suka menonton rancangan Korea Stagram - 393 dan Get it Beauty - 395 di Astro. Dalam rancangan ini banyak di kongsi tips kecantikan artis Korea. Tips yang dia orang bagi sangat berguna. Patutlah diaorang ni cantik.

Salah satunya tips ialah pengunaan foundation. Seperti yang kita tahu di pasaran banyak jenis foundation di jual. Ada jenis compact, cecair, 2 way cake, spary, stick ..banyaklah. Terbaru ialah BB Cushion foudation.

Dalam rancangan Get it Beauty diaorang menemuramah model Jin Aah Reum. Jin Aah Reum ni model terkenal di Korea dan awek pelakon Nam Koong Min. Cantik sungguh dia ni. Lebih kurang Kak Z masa muda lah..hiii. Dia guna Bb Cushion Foundation sebab dia kata senang untuk digunakan. BB cushion Foundation ni macam liquid tapi dalam bekas ada sponge untuk memudahkan kita pakai. Kalau tanya Kak z mudah ker? Serius mudah. Tak perlu bawa botol, sponge, loose powder dan cermi. Sebab all in one. Terus boleh tepek kat muka.


Mudah di gunakan

Kak Z sebelum ini mengunakan foundation Lancome dan Loreal. Memang tidak di nafikan menutup semua kerak di muka Kak Z..hii. Tapi Kak Z hendak cuba sesuatu yang lain selepas melihat Jin Aah Reum. Test di kaunter Maybelline terua beli sebab terus jatuh hati sebab mudah untuk nampak cantik. BB Cushion Foudation ini adalah produk baru rasanya. Kak Z kan suka duduk berejam kat Guardian tengok-tengok apa yang best. Semua Kak Z cuba. Belinya tidak. Tapi bila try yang ini terus terbeli. Maknanya bagus lah tu. Kak Z ni boleh tahan cerewet tau. Beli baju ke, kasut ker, Beg ker, make up ker kena beli yang cantik, berbaloi dan tahan...lagi 1 ukur poket mampu atau tidak. Betul tak?


Harga Maybelline BB Cushion ini di Guardian Pharmacy ialah RM55.90. Di luar tak pasti. Korang boleh check sendiri.. rasanya mahal sikit kot. Apa pun Kak Z .. lepas pakai Bb Cushion .. Kak Z rasa tercantik lah pulok..

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...