07 August 2016

Ayam Perchik Johor


Ayam Perchik Johor

Bulan Mac  lepas Kak z pergi berjalan ke rumah Abang Kak Z di Kelantan. Hidangan paling best di rumah dia ialah ayam perchik Lemal. Teringat sampai hari ini. Rasa lemak, manis, masin dan masam cukup. Katanya kalau bulan puasa orang beratur panjang untuk mendapat ayam perchik ini. Kedai ayam perchik Lemal ini terletak di Pasir Mas, Kelantan. Kalau pergi ke Kelantan lagi ayam ini yang Kak Z akan tuju.

Resepi Ayam Perchik mempunyai pelbagai versi. Hari ini perkongsian oleh Chef Mozart ialah Ayam Perchik Johor. Kalau tanya Kak Z sedap atau tidak sedap. Sedap jawapannya. Seperti yang Kak Z katakan ini adalh versi negeri Johor. Anda boleh mencubanya sebab resepinya senang. Ini adalah antara Signature dish  Chef Mozart di Ramada Plaza Melaka


Resepi: Chef Mozart Muhammad
Lokasi: Zest, Ramada Plaza Melaka
Resepi : 4 orang

Ayam Pechik Johor

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam, dipotong

4 Bahan untuk kisar halus (perapan):
6 ulas bawang merah
1 batang serai
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
2 cm halia Bahan untuk kuah percik:
3 cawan santan pekat
1 batang serai
2 cm halia
4-5 tangkai cili kering
8-10 ulas bawang merah
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit asam jawa

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk ayam:

  1. Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.
  2. Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.

Cara- cara untuk kuah:


  1. Kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak. Perasakandengan asam jawa garam dan gula.
  2.  Masak sehingga kuah menjadi pekat.


Selamat Mencuba



Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...