07 August 2016

Suami Meninggal Dunia, Keluarga Berebut Nakkan Harta Sehingga Isteri Merempat. Mereka Lupa…


Gambar- Credit Oh Bulan


Kita selalu dengar mengenai perebutan harta antara keluarga suami dan balu yang di tinggalkan. Sedih sebab patut harta tersebut adalah peninggalan arwah suami untuk balu dan anak-anak. Keluarga suami ambil kesempatan untuk merampas hak tersebut. Kak Z ambil actikel ini dari Oh Bulan. Terima kasih Oh Bulan atas perkongsian yang menarik ini.

Selepas kematian suami, wali yang terdekat bertaggungjawab untuk menyara anak-anak arwah. Harta tersebut untuk meneruskan kehidupan setelah tempat pergantungan mereka hilang. Tapi Kita bmasih tidak faham konsep yang sebenarnya. Bila tahu arwah ada harta, berebut. Yang menjadi mangsa siapa.. anak arwah. ada juga yang merempat. Kalau makan harta anak yatim.. Suhanallah, Dahsyat balasannya. Joom baca perkonsian menarik di bawah.

Tanggungjawab jatuh kepada wali

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya…iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. (Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila – al Maraaya, tv alhijrah). Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tahu pun setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.
Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki…bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..
Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.
Sy bukanlah ustazah nk cakap psl agama,tapi sy nk ajak saudara saudari semua berfikir akn kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

Suami meninggal, keluarga minta harta dibahagikan

1. Semasa hidup simati org susah,adikberadik tak pernah menjenguk,apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.
2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan dpt buat sebuah rumah teres diats tanah tersebut.tak lama kemudian,si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)
3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank.ada sebuah rumah.dan sebidang tanah.
4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada,isteri dan anak2 tak lah susah mana,ada tempat bergantung,ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.
6. Sejurus selepas simati dikebumikan,adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.
7. Simati tiada anak lelaki,so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.
7. Tak sampai seminggu si mati meninggal,datanglah adik beradik bertandang kerumah,siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid,bahagian utk isteri,anak2,ibu simati dan adik beradik simati.

Hukum faraid, isteri dapat paling sikit

8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit(org terengganu ckp dpt bahagian kepala mayat).lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih,dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.
9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran.kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu,atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual,dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.
10.celah mana mahu cari 150k?nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut.rumah dijual,dapatlah bahagian sibalu dan anak2,dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat,mustahil dpt cari rumah baru.
11. Bermula lah episod merempat si anak2 yatim.berpindah randah,menyewa situ sini,jgnkan sibalu,si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri.duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris.harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali.
12. Waris2,semua lesap lepas dpt bahagian masing2.nak tanya khabar jauh sekali.nak hulur duit jauh sekali.
13. Lagi malang waris2 semuanya bekerja bagus2.ada cikgu,ada pegawai kerajaan,ada golongan prefesional,malah kaki masjid pon ada.tp syg,bab tangggungjawab pada anak simati langsung tak dihiraukan.

Wajib wali tanggung nafkah anak si mati

14. Walaupon berhak pada harta simati,tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul.jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri.ya,tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum,tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum)
15 .kalu kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni,berubahlah,dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.
16.ambil pengajaran saudara saudari.sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar,bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh,wajib bg walinya(mengikut turutan wali sebelah simati) menyediakan nafkah utk anak simati.kalu tidak diambil peduli,menanggunglah diakhirat kelak.
17. Hukum faraid itu sgt adil dan indah.diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya,kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada adik beradik simati?jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) ,dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
18.ingt ye dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru,shopping atau melancong dulu,tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim..
Sumber : Rahimah Rosli


No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...