13 May 2016

Cinnamon Rolls

Cinnamon rolls kalau makan panas-panas gua cakap sama lu.. Hantu lalu atas kepala pun tak sedar. Kali pertama buat tidak berjaya. Buat sampai berjaya. Boleh lah berjaya 80%. Nanti belajar lagi sampai jadi tokey cinnamon rolls. Teringat Cinabon. Kedai jual cinnamon rolls kat Kuala Lumpur. Jauh sangat buat sendiri lah.

Sebenarnya cinnamin rolls adalah sejenis roti tapi ada serbuk kulit kayu manis dan gula perang. Campuran dua bahan ini akan menaikkan aroma roti ini. Kalau kita guna pure butter lagi lah..sumpah..sedap yang amat. Korang cuba resepi ni. Kak z google jer dalam Mr google. Resepi ni dari Women Weekly tahun 2012. Lama kan? Ini aje resepim cinnamon rolls yang menjadi kak z pernah cuba. So mari kongsi ramai-ramai.


cinnamon rolls


cinnamon rolls tapi lain bentuk

Resepi

Bahan A
¾ cawan susu
¼ cawan margarine
3 ¼ cawan tepung serbaguna/tepung gandum
¼ cawan gula
1 pek yis segera
½ sudu the garam
¼ cawan air
1 biji telur

Bahan B

I cawan gula perang.
1 sudu makan serbuk kayu manis
½ cawan margarine

Cara

  1. Panaskan susu sehingga berbuih. Ketepikan dan masukkan margarine kacau rata. Biarkan suam
  2. Satukan tepung, yis, gula dan garam. Masukkan air telur dan susu suam tadi. Uli selama 5 min.
  3. Biarkan tepung berehat selama ½ jam tutup dgn tuala basah.
  4. Dlm bekas yg lain satukan margarine, gula dan serbuk kayu manis.
  5. Setelah tepung naik. Uli semula hingga ruang udara keluar. Rolls tepung kepada 12 x 8 inci. Sapukan bahan kayu manis. Gulung semula dan potong sama besar.
  6. Terbalikkan dan susun dlm bekas yg telah di sapu margarine bakar sehingga kekuningan