Semenjak tahun 2004 lagi, PTPTN telah mengorak langkah melaksanakan strategi mentransformasikan minda masyarakat Malaysia untuk merancang penabungan semenjak dari awal melalui penabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i). Kak Z telah membuka akaun SSPN-i untuk anak-anak pada tahun September, 2011. Kesedaran Kak Z untuk membuka akuan ini setelah melihat seorang kawan meninggal dunia akibat kemalangan. Anak-anak beliau tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran kerana kewangan yang tidak mengizinkan. Selalu mendengar iklan di radio, Kak Z mula membuat kajian mengenai SSPN I ini. Banyak keistimewaan SSPNi rupanya.
Simpanan PTPTN ini bukan hanya terletak pada dividen semata-mata. Ia mempunyai kepelbagaian keistimewaan yang akan dinikmati oleh masyarakat Malaysia yang menyimpan. Antaranya bagi keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan, jika anak berjaya ke IPT akan diberikan geran sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga. Seterusnya, skim ini juga menjadi pilihan terbaik ibu bapa yang tidak mampu menyediakan takaful pendidikan untuk anak-anak mereka kerana tanpa perlu membuat simpanan secara bulanan skim ini masih menyediakan perlindungan takaful secara percuma. Selain itu, setiap ringgit yang disimpan diberi jaminan sepenuhnya oleh kerajaan dan ia juga merupakan sebuah skim simpanan patuh syariah. Lain-lain ialah:-
- Layak memohon pembiayaan pendidikan.
- Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000.00 setahun.
- Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas.
- Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak
- Simpanan dijamin oleh Kerajaan.
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Pembukaan akaun anak-anak Kak Z bermula dengan RM20.00. Kami buka di Bank Rakyat. Kemudahan untuk membuka akuan bukan hanya di Bank Rakyat sahaja. Anda boleh menyimpan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen SSPN-i.
Setelah 12 tahun SSPN-i diperkenalkan, pada 6hb May 2016, PTPTN telah memperkenalkan pula satu lagi produk baharu iaitu SSPN-i Plus bagi tujuan simpanan demi masa depan pendidikan dengan menawarkan perlindungan takaful yang amat murah dan komprehensif. SSPN-I Plus ini telah di lancarkan oleh YB Berhormat Datuk Mary Yap Kain Ching beliau mewakili YB Dato’Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi.
Ini adalah strategi PTPTN dengan agensi perbankan untuk menggalakkan dan memupuk nilai serta semangat berjimat cermat serta sifat suka menabung dalam minda dan jiwa setiap rakyat Malaysia. Dengan adanya simpanan semenjak kecil dan usia yang masih muda dapat mempersiapkan diri kita untuk menggunakan dana simpanan yang sedia ada sebagai perbelanjaan bagi menimba ilmu pengetahuan.
Dengan SSPN-i Plus masalah keciciran di kalangan pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi akan dapat diatasi dan lebih terjamin kerana dilindungi takaful. SSPN-i Plus ini juga menyediakan peluang kepada orang ramai untuk membuat penabungan dan setiap ringgit yang disimpan diberi jaminan sepenuhnya oleh kerajaan. Secara tidak langsung amalan menabung perlu diterapkan di dalam hati dan minda masyarakat Malaysia.
PTPTN telah membawa satu lagi idea meringankan dan memudahkan tabiat menyimpan masyarakat Malaysia dengan memperkenalkan ‘Rahsia RM1 Sehari’. Jika kita membuat tabungan RM1 sehari, masyarakat Malaysia boleh memilih pakej Intan di dalam SSPN-i Plus yang menawarkan simpanan pendidikan dengan perlindungan takaful sehingga RM40,000.
Pakej baharu SSPN-i Plus ini bukan sahaja melabur untuk tujuan pendidikan tetapi juga mendapat perlindungan takaful, dividen yang amat kompetitif serta mendapat pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun dan patuh syariah. Pakej Intan SSPN-i Plus juga merupakan satu tabungan untuk dividen masa depan dengan pelaburan yang amat murah. Kadar dividen SSPN-i bagi tahun 2015 adalah sebanyak 4 peratus.
Kalau dahulu ingin membuka akaun SSPN-i Plus perlu melengkapkan borang dikaunter-kaunter PTPTN. Kini, dengan adanya Rakan Niaga Affiliate dan Ejen Pemasaran Online, rakyat Malaysia mampu membuka akaun dan membuat transaksi dengan lebih mudah, hanya di hujung jari secara online. Maklumat penabungan yang tepat juga mampu dilayari di alam maya dengan lebih mudah dan tepat.
Oleh itu, PTPTN secara agresif memperkenalkan program pemasaran bagi produk simpanan SSPN-i Plus melalui ejen online. Ianya merangkumi Program Rakan Niaga Affiliate dan Ejen Pemasaran Online. Diperkenalkan bertujuan untuk menggalakkan penyertaan rakyat Malaysia menyimpan di dalam SSPN-i Plus. Komisen sebanyak 15% diberikan kepada Rakan Niaga Affiliate dan 25% diberikan kepada Ejen Pemasaran Online. Ejen Online PTPTN juga tidak perlu menyediakan sebarang modal, waktu kerja yang amat fleksibel, latihan/ bimbingan berterusan diberikan dan tidak melibatkan transaksi tunai.
ok bai
No comments:
Post a Comment