07 May 2016

Majalah Aroma.. shooting bersama Chef The Straits Hotel dan Suites Melaka


Chef-Chef Amalaka Cafe, The Straits Hotel and Suites Melaka


Antara kerja yang kak z suka ialah mengambil gambar makanan. Seni jugakan? Kita boleh melihat pelbagai jenis makanan yang kadang-kadang tidak terfikir oleh akal kak z. Seronok sebenarnya bermain dengan warna-warna cili, bawang, daun bawang dan buahan. Kali ini Kak z shooting di Amalaka Cafe, The Straits Hotel dan Suites Melaka.

Chef-chef di sini berkongsi beberapa resepi untuk majalah Aroma. Kerjasama yang baik menghasilkan gambar yang cantik. Selama ini pun kak z mendapat kerjasama yang baik dengan chef-chef yang terlibat dengan kerja kak z.


Hidangan untuk majlis rumah terbuka


Chef Al Araj mempunyai 22 tahun pengalaman dalam dunia masakan Melayu dan Chef Tong mempunyai pengalaman 25 tahun dalam masakan Cina. Chef -chef ini dibantu lebih kurang 10 chef muda dan pekerja dalam pengurusan dapur. Kak z ucapkan terima kasih kepada Mr Dass- F & B Manager, Ira -Marcom, Chef Al Araj dan Chef Tong, Amalaka Cafe, Straits Hotel dan Suites Melaka, atas kerjasama. Makanan korang pun sedap. Anak-anak makan tanpa complain. Maknanya sedap. Korang kena cubalah masakan signature chef-chef ni.. mesti tidak kecewa.

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...