10 May 2016

Cheezy bun..Step By Step


Kak z pernah mendapat tempahan 500pcs Cheezy bun. Oven kak z hanya 1 try sahaja. sekali masak boleh muat dalam 20 pcs bun yang panjang. Tanpa pembantu. Macam mana hendak buat? Setiap masalah ada jalan penyelesaian betul tak? 

Bahan mentah wajib cukup. Mudah untuk untuk menguli. Kita kena kira setiap Kilogram tepung berapa biji bun kita boleh dapat. Berat doh kak Z adalah 45gm Dapat lebih kurang 35 biji bun. Macam mana boleh dapat anggaran 35 biji bun? Bila setiap hari kita buat roti kita buat catatan lah sayang oiii. Modal tepung berapa, gula, telur dan bahan mentah yang lain. Kalau tidak tahu modal macam mana kita hendak bagi harga. Bila kita hendak membuat bun dalan kuantiti yang besar kita perlu kira supaya tidka rugi bahan mentah. Bahan mentah boleh tahan mahalnya sekarang. Ok anda semua boleh cuba dan try resepi Kak Z ni yer.

Cheezy Bun





Resepi 

untuk bun

1 kg tepung high protien
200gm gula pasir
2 biji telur
10gm garam halus.. ..jgn kasar tercekik nak makan..
25gm yis
5 gm bread improver - bukan softener
5gm double action powder - jual kat kedai bahan bakery
600ml air sejuk + ais
100gm shortening
2 sudu besar susu tepung + 50ml air utk wash/sapu atas roti

cheezy

cheese cheddar - ikut suka hampa lah nak byk mana
gula pasir utk tabur
serbuk basil.. ada jual kat tesco.. korang mesti jumpa lah. dia tulis basil hancur @ basil flake  harga RM2.99.. jgn tanya lg baca betul betul BASIL..

cara
1. uli semua bahan  kecuali shortening
2. setelah rata baru masukkan shortening
3. biarkan dlm 10 minit
4. selepas itu uli kecil2 dan biarkan 5 min
5. masukkan kedalam paper cup dan biarkan hingga kembang
6. washkan dgn susu tadi
7. parutkan cheddar.. ikut suka jenis apa dlm pasaran kraf ada, bega ada, anchor ada lain2 tak hingat doh den
8. taburkan gula dan serbuk basil
9. bakar selama.. kekuningan sbb hakak tak pernah nak timing roti haku.. kuning dah masak lah.. coklat hangit .. jgn hitam itu hukumnyer rentong..
10. sedia utk ngap ngeep ngoop


Teknik... follow step by step insyallah kerja anda mudah..



 1. doh 40gm perlu di bulat2 kan 


2. bujur kan doh bulat tadi dan biarkan 5 min


3. panjangkan doh yang bujur tadi ikut ukuran cup anda dan biarkan 5 min

4. leperkan doh yang di panjangkan tadi dengan mengunakan roller

5. masukkan kedalam papercup.. panjang.. sebab ini teknik panjang yer


6. Wash kan doh dengan susu @ telur.. saya guna telur


7. taburkan cheese cheddar yang telah di parut.. berapa byk ikut suka lah


8.taburkan gula pasir  ..berapa byk pun ikut suka lah


9.taburkan  basil flake..berapa byk pun ikut suka jugak lah




10. setelah buat setiap langkah di atas.. ambil dan susun dlm dulang pembakar
tunggu naik/kembang baru bakar hingga kekuningan



gambar kecik sebagai rujukkan

#daridiakitadatangkepadadiakitakembali

ok bai.. 

3 comments:

  1. salam akak chanteq,..akak uli doh guna tangan ke?? sbb pena baca blog org len dia ckp klu uli tangan kne guna air suam,,klu sejuk utk BM,.sori ye byk tnye,,hihi

    ReplyDelete
  2. salam sis..25g yis tu berapa paket ya?

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...