10 May 2016

Blogger Muda..Abang Hakim dalam Berita Harian



Masa Kakak Farah Dafri masuk suratkhabar nampak dia posisi belakang aje. Frust katanya. Momee dia bagitau insyallah kalau ada rezeki abang keluarlah suratkhabar. Tu dia artikel pasal dia sorang yang keluar. Meloncat sampai tingkat 23 The Straits Hotel and Suites.Terpampang gambar dia sorang. Bila baca balik. Gambar mak dan adik-adik pun ada. Mak tumpang glamer anak..hii

Rasa bangga? Kalau kata tidak.. nampak sangat bohong. Bangga juga lah. Sebab anak kita di beri peluang masuk dalam surat khabar. Satu sekolah tau. Glamournlah dia sekejap. Kak z sengaja beri dia pendedahan awal dengan dunia blogging. Supaya dia buka mata dan luaskan cara pemikiran dia. Setiap kali pergi berjalan dia akan belajar benda baru. Begitu juga dengan adik-adik dia.

Kak z tetap monitor apa dia yang buat. Masih bawah umur. Mencari identity dan tidak mahu dia terjebak dengan anasir negatif. Dalam keratan akhbar tu dia mengatakan mahu memberi maklumat kepada kawan-kawan dia. Maklumat yang mahu disampaikan ialah gaya hidup trending anak muda dan juga tempat-tempat dia pernah pergi. Bagus..pandai dia cakap.

Ada kematangan dia di situ. Serius kak z katakan.. dia mula matang. Mungkin dari kecil tiada ayah. Mak pula sorang diri, kak z ajar dia berdikari. Kalau kak z demam, dia akan masak untuk kak z dan adik-adik. Percaya tak? Kena percaya. Umur 16 tahun.. dia pandai buat kuih koci tau.. kak z pernah bagitau kalau belajar oversea kuih ini boleh buat jualan part time. Sungguh.. ibu duit tu..

Kak z harap dia jadi anak yang soleh. Baik dan bertanggung jawab. Kak z tau dia sayang mak dia. Walaupun tidak tunjuk dalam diam dia concern pasal mak dia. Momee kalau ada lelaki gatal kacau bagitau hakim.. hakim silat kan dia. Boleh gitu? Huurmmm.. melepas mak nak cari pakwe..tapi dia tau mak dia baik..

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...